Saturday, June 7, 2008

Sekadar Pendapat..

Harga minyak naik lagi sebanyak 40%. Yang pastinya semua rakyat malaysia akan terasa kesan bebanan kenaikkan bahan api utama ini.


Asal bergerak, perlukan minyak... lori menghantar ayam, perlukan minyak, hantar beras, bawang, cili, semua tu perlukan minyak. Kenaikkan harga barang kini mula dirasai ini bererti kuasa membeli olih rakyat Malaysia mula berkurang. Paling terasa bagi mereka yang berkerja makan gaji dan berkerja kampung atau sendiri pastinya kehidupan mereka bertambah beban, yang mana mereka ini adalah kebanyakkanya Melayu dan Bumiputra. Golongan bukan Bumiputra lazimnya berniaga atau sektor peruncitan, mereka hanya memerlukan naikkan sahaja kos barangan jualan mereka kepada beberapa peratus yang sesuai untuk dijual. jadi golongan ini tidaklah terasa sangat beban dari kesan kenaikkan minyak walau sebanyak mana pun.kesimpulan yang parah Melayu juga..



Saya rasa ramai yang akan bersetuju sekiranya langkah berikut diambil untuk mengelakkan kenaikkan harga minyak:

1. Menaikkan cukai arak
2. Menaikkan cukai rokok
3. Menaikkan cukai kenderaan
4. Menaikkan cukai perjudian
5. Menaikkan cukai tempat hiburan
6. Pemotongan elaun MP dan YB
7. Mengenepikan (allocate) beberapa ribu tong minyak untuk kegunaan kita sendiri.
8. Menaikkan cukai kenderaan dan tambahan cukai untuk kenderaan asing.
9. Mengenakan tol atau cukai serta menaikkan kadar bayaran bagi kenderaan asing yang masuk di pintu sempadan Malaysia.

Jika difikirkan perlu kerajaan juga boleh bertindak mengenakan lesen pada basikal-basikal atas alasan terdapat banyak diatas jalanraya.Seterusnya menarik balik pemansuhan lesen-lesen TV dan radio, ini bererti setiap lesen diperlukan untuk memiliki sebuah tv atau radio.

Terfikir saya di negara yang lain misalnya, India kenaikkan harganya 10 sen , Arab Saudi kekal tidak terpengaruh dengan harga dan pasaran minyak di US. Brunai jugak demikian kekal diparas harga lama dan paling mengejutkan di Venezuela harga minyak se liter harganya hanya 16 sen saja. Di sini senarai lengkap harga minyak negara-negara pengeluar minyak Venezuela… 16 sen .Begitu juga dengan negara Iran yang menjual petrolnya sebanyak RM 0.29 sen seliter. Nigeria – RM 0.32 sen seliter. Arab Saudi RM 0.38 sen se liter. Kuwait RM 0.67 sense liter. UAE RM 1.19 sen seliter. Mesir RM 1.03 sen seliter. Brunei RM 2.03 sen seliter dan akhirnya Malaysia RM 2.70 sen seliter

Tertarik saya dengan rencana yang ditulis ini " Minda Pembaca: Kebijaksanaan kerajaan tangani ekonomi, harga minyak "

2 comments:

mn said...

A.kum Kak Mahani,

1. Waa..hebat la blog ni. Perfect serba serbi ada. Bagus.

2. Maklum lah saya ni kata orang 'ex-soldier' kan...mungkin kadang-kadang masih terbawa dengan style 'terus ke sasaran'?

3. Memang kadang-kadang bila saya menulis agak emosi. Sebenarnya itu lepaskan geram. Dari biar jadi bara dalam hati, lebih baik jadi abu ditapak tangan.

4. Tq datang melawat blog saya.

man_helang said...

tang naik cukai kete tu sy tak brapa setuju...yelah pasai sy pakai kete...hu hu

sebenaunya kak, banyak lg cara gomen leh lakukan untuk maintainkan harga minyak, ie: pengurusan dan akauntability yg cekap...kene seba serbi cekap, dr tindakan n keputusan yang tdk cekap akan berlaku penyelewengan dan pembaziran...

akak tgk sendri d johor, kes jambatan bengkok...berapa juta kita bayar pd kontraktor disebabkan pembatalan projek?? kan ke bagus kalau mereka selidik dlm2 dulu samaada projek itu viable atau tdk sebelum menjalankannya...

itu blum kira lg kos nak maintain pejabat kastam (yg dah siap)yg tak boleh di gunakan secara total lg...ni baru sebahagian kepincangan kerajaan, sy percaya kalau hal2 begini dapat di elakkan, kita mampu hidup dgn lebih senang...