Monday, July 28, 2008

Ikan Bakar Umbai Melaka.

Dari Segamat ke Umbai semata-mata ingin menikmati juadah ikan yang dikatakan amat popular di Umbai Melaka. Bertolak dari rumah dalam pukul 8.00 malam sepanjang perjalanan berhenti 3 kali tanya orang di mana letaknya kedai makan ikan bakar di Umbai itu. Kira-kira pukul 9.45 saya sampai di sana,agak jauh juga kira-kira 90km dari tempat tinggal saya.
Kedudukannya di pekan Umbai dan di tepian laut tapi telah diubah suai nampak agak moden yang saya sangkakan bercorak tradisi bentuk wajah kedai ikan bakar di sana.Saya membuat beberapa pesanan ikan siakap masak stim,sotong goreng,kerang rebus, lala masak cili padi goreng dan sayur kailan masak ikan masin.Minuman yang saya pesan air buah-buahan dan air panas.Sebelum menikmati makanan yang dipesan kami dihidangkan makanan ringan iaitu keropok cicah sambal kicap amat sedap menikmati makanan ringan itu.Sampai licinlah saya makan maklum saja jauh perjalanan ke Umbai ini. Kumpulan Saya ke Umbai 4 orang bersama mak, Mas, boss dan saya.Saya ke Umbai untuk menikmati makanan laut sempena ulang tahun kelahiran Mas dan saya doakan supaya Mas dimurahkan rezeki dan sentiasa dirahmati Allah dan panjang umur hendaknya.
Bila makanan yang dipesan tadi dihidangkan kelihatannya amat menyelerakan.Saya berempat menikmatilah makanan laut Umbai buat pertama kalinya yang dikatakan amat popular dalam daerah Melaka ini.
Mak dan boss mula merungut tentang masakan yang langsung tidak terasa cili dan sedikit pedas pun.Mungkin seleranya tak biasa dengan masakan orang Umbai bisik hati saya.Akhirnya saya buat pesanan satu mangkuk tomyam pedas bila saya menyedari semua makanan yang dihidangkan tidak terasa sedikit cili pun.Hingga saat habis kami semua menjamah makanan yang dihidangkan lala goreng cili padi yang saya pesan tidak sampai pun rasanya agak pelik sedangkan saya dah ambik lala tadi masukkan ke dalam bakul untuk digoreng.Memang saya tak ada rezeki untuk menjamah makanan lala goreng cili padi malam itu kerana pesanan yang kami buat tidak dimasak.
Apa yang peliknya air minuman teh O tidak diminum, rupa-rupanya air teh O tu tawar dan tidak dibubuh gula,saya tidak memaklumkan hal teh tak bergula itu pada pelayan kedai makan itu takut nanti dikatanya cerewet pula.

Selesai makan dan membuat pembayaran saya memaklumkan hal apa yang berlaku kepada pemilik kedai itu,nampaknya dia menerima apa yang saya perkatakan. Cuma saya rasa agak terkilan semangat dan mood saya terbantut apabila juadah yang bagitu enak dan popular serta diperkatakan ramai itu tidaklah sehebat yang saya sangkakan.pastinya di tempat-tempat lain, masakannya juga agak sedap dan hebat huhuhu..
Entahlah rasanya saya tidak akan ke Umbai lagi kalau sekadar untuk pergi makan masakan ikan bakar ...

Tuesday, July 22, 2008

Peluang Berniaga

  • Pinjam mudah RM50,000

  • KUALA LUMPUR: Kakitangan awam yang ingin menjalankan perniagaan kecil secara sambilan bagi menambah pendapatan kini boleh mendapatkan pinjaman mudah sehingga RM50,000 tanpa ... [+]

  • Kakitangan kearajaan dibenarkan melibatkan diri dalam bidang perniagaan. Dalam suasana ekonomi yang cukup-cukup makan hari ini penjawat awam bolehlah menjalankan perniagaan selepas waktu pejabat dengan syarat perniagaanya tidak menjejaskan mutu perkhidmatanya dalam kerajaan.Apa yang menarik sokongan untuk memulakan perniagaan kini dibantu oleh pihak kerajaan. Sokongan menyediakan perkhidmatan pendahuluan modal wang untuk memulakan perniagaan seperti mendapatkan pinjaman dari bank-bank dan agensi lain amatlah dihargai. Bertuah sekali nasib kakitangan kerajaan hari ini. Peluang yang disediakan ini diharap menjadi rebutan pejawat awam untuk meningkatkan lagi pendapatan kewangan mereka disamping melahirkan ramai golongan perniaga berjaya yang lahir dari kalangan penjawat awam .

    Lazimnya kakitangan kerajaan merupakan golongan yang hanya selesa dengan apa yang ada dan mereka berkira dan berjimat dengan apa yang ada sehingga datang gaji bulan yang berikutnya.Akibatnya mereka manjadi pasif dan tidak mencampuri hal-hal yang bolih mengakibatkan mengeluarkan duit dari poket atau saku mereka.

    Kini tepuk dada dan tanya selera..peluang menambahkan pendapatan terbuka luas didepan mata ,apa yang penting perlulah berusaha.Kerajaan telah menyediakan peluang, sokongan dan bantuan dan segalanya demi tidak mahu melihat kehidupan penjawat awam tidak terjamin yang pentingnya mereka semua perlu berusaha.

    Dalam keasyikan untuk berniaga penjawat awam juga perlulah sedar bahawa dunia perniagaan tidaklah sebegitu mudah untuk meraih keuntungan serta merta. Mereka juga perlulah berkira dengan bijak untuk menerokai sesuatu perniagaan itu. Kemahiran dan sasaran perniagaan kita perlu diuatamakan disamping mempunyi displin diri yang tinggi untuk menceburi dunia perniagaan.

    Saya doakan semua penjawat awam yang mula berminat untuk berniaga lakukan dengan sungguh-sungguh supaya perniagaan anda berjaya, disamping itu perlu diingatkan dalam masa yang sama anda adalah penjawat awam yang masih terikat dengan peraturan-peraturan Am kerajaan. Hebat dan berjaya sekali mana pun anda dalam perniagaan , mengutamakan pekerjaan hakiki anda sebagai kakitangan kerajaan adalah satu kemestian

Pemeriksaan Doktor

Tugasan harian dalam minggu ini di kolej dan sekitar hospital Segamat sahaja. Hari ini membantu Norliza atau Mas buat pemeriksaan doktor untuk lantikkan tetap sebagai pensyarah di kolej metrik Johor Tangkak. Alhamdulilah dalam 2 hari dapat disiapkan dengan bantuan rakan sekerja dan rakan yang bertugas di makmal hospital Segamat. Mastura merupakan lulusan sarjana matematik dari UTM yang sudah 10 bulan mengajar di metrik Tangkak ,minggu lepas beliau menerima surat perlantikkan tetap sebagai pensyarah . Tahniah kepada Mas semuga beliau berjaya dalam kerjayanya sebagai pendidik. Dalam tempuh yang terdekat mas sebenarnya akan menyambungkan pelajarannya di peringkat Phd insyAllah moga-mouga mas bergelar doktor flasafah dalam bidang ilmu matematik dimasa akan datang.

Thursday, July 17, 2008

Bertugas di Muar

Selama dua hari giliran saya bertugas di hospital daerah Muar. Saya bertolak dari Segamat awal pagi kira-kira pukul 6.00 am ke Muar. Jarak dari penginapan saya ke Muar lebih kurang 70km masa yang diperlukan untuk sampai ke sana ialah 1 jam lebih. Terasa agak jauh dan amat meletihkan dalam 2 hari ini.

Di Muar saya memantau pelatih-pelatih jururawat bertugas di bilik bersalin dan memberi tunjuk ajar bagaimana melatih pelajar dalam mengaplikasikan teori ke praktis yang lebih berkesan.mengenai menyambut ibu bersalin dan tindakan setelah ibu melahirkan bayi. Alhamdulilah pelajar-pelajar saya memahami apa yang saya ajar dan tunjukan kepada mereka. Di hospital Muar saya sempat bermesra dengan staf-staf di sana, nampaknya mereka semua agak mesra dan mempunyai semangat kerja berpasukan yang tinggi dalam tugas.

Di Muar saya bagitu teruja dengan cerita-cerita rakan mengenai kehebatan dan popularnya mee bandung Muar.Hari yang kedua bertugas , sebelum balik ke Segamat saya mengambil peluang untuk mencari dan membeli mee bandung Muar yang dikatakan hebat itu. Gerai yang di katakan popular dengan mee bandung itu terletak berhadapan dengan sekolah menengah sain Muar. Ingatkan nak makan di situ sahaja, tapi saya rasa agak segan almaklumlah saya bertugas di sana hanya bersendirian , jadi saya beli dan pesan untuk bungkus sahaja. Saya menikmati juadah mee bandung Muaryang dibeli tadi setiba di rumah. Saya akui memang sedap dan Lazat huhuu..

Hari ini saya akan bertugas di Segamat pula seperti biasa bertugas di pejabat Kolej Kejururawatan Segamat seperti biasa, walaupun penat saya tetap merasa seronok dalam menjalani kerja-kerja harian sebagai pengajar pelatih kejururawatan... saya akan terus berkhidmat selagi saya termampu insyAllah.

Wednesday, July 16, 2008

Akhirnya DSAI DiTahan

Hari ini penuh handphone saya dengan SMS mengenai berita penangkapan Dato Sri Anwar.Dari sejak Tengah hari hingga sekarang ada saja berita yang saya terima, saya sekadar baca dan delete.Sehingga saat saya menulis ini pun sms dari kawan-kawan terus saya terima yang mengulas mengenai tangkapan ke atas DSAI. Rasanya saya tidak terpengaruh dengan berita-berita yang dismskan kepada saya. Fikiran saya hanya teringatkan peristiwa ditahun 1998 .Apakah sekali lagi masa dan wang ringgit akan dihabiskan dengan begitu lama dan banyak untuk mencari keadilan didalam kes DSIA ini. Rasanya esuk mulalah penyokong-penyokong DSAI mula berhimpun untuk membantah atau melakukan demonstrasi protes kerana pemimpin mereka ditangkap.

Moga-moga pihak berkuasa dan kerajaan pimpinan pak Lah dapat menyelesaikan kekalotan susana yang tidak bagitu mengembirakan ini sebaik mungkin dengan segera. Saya panjatkan doa ke hadarat Ilahi semoga negara Malaysia ini tidak lagi penuh dengan peristiwa-peristiwa yang sensasi dan kontrovesi serta memualkan. Rakyat inginkan keamanan dan keselesaan bagi meneruskan kehidupan seharian mereka.



AstagfirullAlahalAzim,

Apa dah jadi dengan orang Melayu..
Adakah benar Anwar mangsa politik?
teringat kesah singapura dilanggar todak.

cuba buat penyelesaian ibarat menarik rambut di tepung, rambut tak putus dan tepung tak berselerak...

masing-masing dengan keegoannya, hanya mereka fikir nak berkuasa dan mengekal kuasa...Akhirnya Malaysia hancur rakyat menderita..

Harap-harap PM dapat mencari formula yang terbaik untuk mengamankan suasana politik yang makin bercelaru hari ini..InsyAllah

Tuesday, July 15, 2008

Debat

Malam bersejarah di Malaysia apabila perdebatan dari wakil kerajaan dan pembangkang dapat dilihat menerusi siaran langsung di tv dapat disaksikan olih jutaan rakyat Malaysia sekalung tahniah dan syabas kepada pihak yang mengizinkan debat politik secara terbuka.

Walaupun saya bukan dari kalangan yang berminat dalam politik, isu perdebatan ini menarik minat saya untuk mengikuti perkembangannya. Saya tabik kepada Dato Shabery atas keberanianya untuk berdebat dengan Dato Sri Anwar. Debat yang menghiburkan dan rumusannya secara peribadi dari saya seperti yang saya paparkan dibawah ini.

Ternyata baik dari segi umur, pengalaman, hubungan kemanusiaan dan cara berhujah Anwar jauh lebih matang dan bijak berbanding dengan Shabery. Jelas berbuih di mulut Shabery semangat untuk mematahkan hujah dari Anwar.

Anwar tidak menjawab hal peribadi yang dilemparkan Shabery berkali-kali kepadanya. Dan Anwar juga menunjukkan semangat profesional dan bukan emosi berbanding Shabery yang nampak ego dan besar diri kerana jawatannya itu.

Shabery merujuk Anwar sebagai sdr, sebaliknya Anwar merendahkan diri dengan memanggil Shabery Datuk Shabery. (Sepatutnya GELARAN darjah kebesaran yang dianugerahkan olih Sultan perlu digunakan dihalayak umum).

Di akhir perdebatan Anwar yang melangkah berjabat salam dengan Shabery yang terkaku di rostrumnya kerana masih teruja dengan apa yang berlaku.

keputusannya 7 - 3


Monday, July 14, 2008

Buah Durian


Sekarang ini adalah musim buah durian di daerah Segamat. Segamat adalah diantara daerah yang paling popular dengan hasil pengeluaran buah durian yang bermutu tinggi. Segamat memang sinonim dengan buah durian. Jika anda datang ke Segamat sekarang ,disepanjang perjalanan anda , akan kelihatan pondok-pondok kecil orang menjual buah durian. Buah durian ini dijual dengan timbangan kilo dan harganya mengikut mutu kualiti isinya.

Di kolej, Pengarah kolej kejururawatan telah menjamu kami dan kakitangan lainnya menikmati buah durian pada hari semalam. Buah durian yang terpilih gred A bermutu tinggi dihidangkan untuk kami semua.Sungguh enak menjamu selera dengan buah durian Segamat huhuhu.Isi buah durian berwarna kuning keemasan rasa kepahitan dan manis itu dikatagorikan sebagai mutu yang terbaik. Istemewanya di kolej ini sejak musim buah durian bergilir-gilir staf setiap hari membawa buah durian ke pejabat dan memberi makan buah durian secara percuma, terima kasih daun keladi..

Walaupun saya kelahiran Segamat, saya tidak memiliki dusun buah durian. Entahlah mungkin bukan rezeki saya untuk memiliki kebun durian seperti kebanyakan orang-orang Segamat yang lain. Apa pun saya tetap bersyukur kerana jiran-jiran dan sahabat-sahabat sentiasa memberi percuma buah-buahan bila tiba musimnya.

Sunday, July 13, 2008

I LOV U


Hari ini hantar anak kesayangan ku balik ke kolejnya di Melaka. Kelihatannya balik kali ini dia tidak begitu gembira ,walaupun dia ketawa dan sentiasa senyum tapi saya amat mengerti tentang dirinya. Apa pun saya akan berusaha untuk menambat hatinya supaya dia sentiasa riang dan tenang serta merindui keluarga. InsyAllah cuti semester nya diakhir tahun nanti saya akan bawanya melancung, mungkin keluar dari negara Malaysia ini untuk seketika, apapun semuanya bergantung kepada tugasan dan cuti saya,,InsyAllah. Saya lakukan semua ini adalah untuk anak kesayangan saya , dia adalah satu-satunya anak tunggal saya yang saya anggap dialah anak lelaki dan anak perempuan walaupun hakikatnya dia adalah perempuan yang amat comel huhuu ...entahlah rasa tidak seronok rasanya bila berjauhan dengannya. Tapi dalam umur yang begini dia juga perlu memajukan dirinya supaya menjadi cerdik pandai yang dapat membantu dirinya bila dewasa kelak dan dapat memberikan sumbangan kepada negara.

Di kolej tempat saya mengajar saya juga perlu menguruskan pelatih-pelatih nurse yang saya anggap seperti anak sendiri. Walaupun anak tunggal saya berpisah agak jauh di Melaka ,di kolej saya ada beratus anak-anak yang perlu saya jaga dan didik secara langsung supaya mereka semua diberi perhatian dan menjadi manusia yang cermelang dimasa hadapan. Ketawa dan gelagat mereka sering menghayalkan saya adakah anak saya juga dilayan seperti saya melayan pelajar-pelajar kolej dibawah kelolaan saya .

Kesempatan pada hari ini saya juga tertarik dengan penulisan dari blog su-kj jadi saya postkan juga disini supaya kita sama-sama menghayatinya:

Pemimpin dan maruah

Penahanan besar-besaran BPR keatas pegawai-pegawai kanan Jabatan Imigresyen menggambarkan amalan 'rasuah' dinegara ini masih berleluasa. Ia merupakan penyakit atau barah yang dilihat amat sukar dan payah untuk diubati.

Jadi kenapa sebelum ini pihak kerajaan sentiasa melenting dan masih menafikan bila dituduh oleh pihak agensi antarabangsa yang menyenaraikan Malaysia merupakan antara negara tertinggi didunia ini yang mengamalkan rasuah?

Malah penahanan Ketua Jabatan Imigresyen sendiri amat mengejutkan semua pihak. Akhirnya 'Pagar' menjadi Pengkianat dan Petualang negara !. Ini semua kerana 'maruah' ?

Ada rakan-rakan saya pernah bertanya pada saya...'Dalam Malaysia ini Jabatan manakah yang awak fikir tidak ada amalan rasuah'?

Saya jawab..." Mungkin Jabatan Kaji Cuaca " sahaja yang tidak ada amalan rasuah !

Jika sebelum ini kita boleh lihat Pegawai-pegawai dan anggota polis memakai lencana khas iaitu 'Saya Anti Rasuah', jadi mungkin selepas ini ada baiknya juga jika Pemimpin-pemimpin Politik dan Pegawai-pegawai kanan kerajaan memakai lencana khas ' Saya Pemimpin Bermaruah' atau ' Saya Pegawai Bermaruah ' .
0 comments

Friday, July 11, 2008

INTERNET DAN SMS

Minggu ini saya agak kekurangan masa dan waktu untuk menulis disebabkan aktiviti yang saya hadiri agak padat. Saya baru saja balik dari menghadiri kursus di Hayat Hotel Johor Bahru. Kali ini benar-benar memeranjatkan kursus di hadiri lebih dari 300 peserta dari kalangan jururawat, separa madik ,Tenaga pengajar nurse dan doktor serta pakar perubatan. Di sini sekali lagi saya secara kebetulan bertemu dengan rakan-rakan lama yang mana ada diantaranya telah lebih belasan tahun saya berpisah dan ditemukan pada masa kursus di sini. Kesempatan masa yang ada saya gunakan untuk bertanya khabar dan berkongsi pengalaman yang telah masing-masing lalui.

Isu hangat yang dipaparkan di dada akhbar adalah mengenai blog atau website di internet.Walau pun saya bukan terdiri dari kalangan orang yang aktif dalam politik, disebabkan kerana saya juga merupakan diantara penulis blog di internet , jadi berita seumpama ini perlulah saya memberi penumpuan dan perhatian. Di sini saya paparkan komen-komen mengenai pandangan orang ramai di blog dan juga kata-kata perdana menteri yang kita hormati dan juga kata-kata bekas PM kita Tun yang kita sentiasa muliakan.



Snippets - Fitnah internet, SMS perbuatan khianat PM

Posted by Dr. Mahathir Mohamad at July 10, 2008 10:50 AM
Comments (316) TrackBacks (0) Previous Blog

Kata Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi; "Tindakan menyebarkan fitnah dan pembohongan melalui internet dan SMS untuk mewujudkan persepsi negatif rakyat terhadap Kerajaan adalah perbuatan khianat," - Berita Harian 8 Julai, 2008.

Perdana Menteri mengaskan perbuatan itu jelas melanggar prinsip Rukunegara seperti;
1) Kesetiaan kepada Raja dan Negara
2) Keluhuran Perlembagaan
3) Kedaulatan Undang-undang
4) Kesopanan dan Kesusilaan
Continue reading

Snippets - Fitnah internet, SMS perbuatan khianat PM.
-->

Tuesday, July 8, 2008

Ipoh


Ahad saya ke Ipoh kerana esuknya saya bertugas di sana tugasan apa? rasanya tak perlu dijelaskan di blog ini . Arahan pentadbiran itu saja yang dapat saya katakan. Di Ipoh bertemu kawan-kawan lama yang sama-sama dulu belajar ketika nak menjawat jawatan tenaga pengajar, semuanya nampak gembira dan badan pun ermmm dah sehat-sehat. Di Ipoh saya ambil kesempatan ronda-ronda sedaya mungin kawasan Ipoh yang agak luas ini. Malamnya saya istirehat di lounge hotel menikmati keindahan alunan muzik dan dendangan artis yang dijemput oleh pihak hotel. Peramahnya artis-artis ini melayan pengunjung yang datang. Saya mintakan artis ini menyanyikan beberapa buah lagu inggeris yang saya minat fuyooo macam penyanyi asalnya. Terasa hilang letihnya bekerja seharian bila sesekali lepak-lepak macam ni.. ok lah , saya terusnya balik ke Segamat ari Isnin juga iaitu keesukkan harinya kerana saya akan menghadiri kursus di Johor Bahru pulaselama 2 hari.Terasa amat penat dengan kerja-kerja yang saya hadapi tetapi menyeronokkan kerana bertemu dengan macam-macam ragam kawan dan orang ramai.

Thursday, July 3, 2008

Student Nurses Enrollment

1st July 2008 was new recruitment for next student nurses batches (all categories). Every college in Malaysia was busy with the new intake of students. Parents were the busiest people who responsible to hand over their beloved daughter/son to the particular college. Where ever the college is, the parents will go to fulfill the MOH needs.

They have strong feeling and enthusiasm that MOH is the best place to trust on. Every student was given scholarship to maintain the continuity of the study. Ministry of Health offers the students not even the scholarship but nobody jobless after finished the course. Therefore, they need to be bonned with MOH at least 5 years.

In private sectors, the student applies to the college with quite ransom of moneys or PTPTN to be qualified nurse, but sometimes no job promises. Hopefully, the new intakes of students will reserve their efforts and practices hardly to achieve their goals and objectives.

On the very beginning was orientation week. To know each others, to mix around, to introduce to the college life, to co-operate among others and staffs.

After orientation week, a few of them may see that this kind of work are not appropriate and suitable with their taste, so they will sometime withdraw themselves from the course to find another solution of their multiple choices. But better think twice before jump to the final decision.

To all new recruitment students, welcome aboard! You choose the right way to be a good government servant. You may go for further study to enhance your knowledge by applying in your own selection arena.

Borang Permohonan Kemasukan
well done.!!! borang kemasukkan nurse IPTS swasta