Tuesday, July 22, 2008

Peluang Berniaga

  • Pinjam mudah RM50,000

  • KUALA LUMPUR: Kakitangan awam yang ingin menjalankan perniagaan kecil secara sambilan bagi menambah pendapatan kini boleh mendapatkan pinjaman mudah sehingga RM50,000 tanpa ... [+]

  • Kakitangan kearajaan dibenarkan melibatkan diri dalam bidang perniagaan. Dalam suasana ekonomi yang cukup-cukup makan hari ini penjawat awam bolehlah menjalankan perniagaan selepas waktu pejabat dengan syarat perniagaanya tidak menjejaskan mutu perkhidmatanya dalam kerajaan.Apa yang menarik sokongan untuk memulakan perniagaan kini dibantu oleh pihak kerajaan. Sokongan menyediakan perkhidmatan pendahuluan modal wang untuk memulakan perniagaan seperti mendapatkan pinjaman dari bank-bank dan agensi lain amatlah dihargai. Bertuah sekali nasib kakitangan kerajaan hari ini. Peluang yang disediakan ini diharap menjadi rebutan pejawat awam untuk meningkatkan lagi pendapatan kewangan mereka disamping melahirkan ramai golongan perniaga berjaya yang lahir dari kalangan penjawat awam .

    Lazimnya kakitangan kerajaan merupakan golongan yang hanya selesa dengan apa yang ada dan mereka berkira dan berjimat dengan apa yang ada sehingga datang gaji bulan yang berikutnya.Akibatnya mereka manjadi pasif dan tidak mencampuri hal-hal yang bolih mengakibatkan mengeluarkan duit dari poket atau saku mereka.

    Kini tepuk dada dan tanya selera..peluang menambahkan pendapatan terbuka luas didepan mata ,apa yang penting perlulah berusaha.Kerajaan telah menyediakan peluang, sokongan dan bantuan dan segalanya demi tidak mahu melihat kehidupan penjawat awam tidak terjamin yang pentingnya mereka semua perlu berusaha.

    Dalam keasyikan untuk berniaga penjawat awam juga perlulah sedar bahawa dunia perniagaan tidaklah sebegitu mudah untuk meraih keuntungan serta merta. Mereka juga perlulah berkira dengan bijak untuk menerokai sesuatu perniagaan itu. Kemahiran dan sasaran perniagaan kita perlu diuatamakan disamping mempunyi displin diri yang tinggi untuk menceburi dunia perniagaan.

    Saya doakan semua penjawat awam yang mula berminat untuk berniaga lakukan dengan sungguh-sungguh supaya perniagaan anda berjaya, disamping itu perlu diingatkan dalam masa yang sama anda adalah penjawat awam yang masih terikat dengan peraturan-peraturan Am kerajaan. Hebat dan berjaya sekali mana pun anda dalam perniagaan , mengutamakan pekerjaan hakiki anda sebagai kakitangan kerajaan adalah satu kemestian

2 comments:

Rizman said...

Saya sokong cadangan kerajaan tu, tapi saya lebih sokong sekiranya kerajaan bagi loan untuk kakitangan awam kambus loan lain... maksud saya sebab loan peribadi yang lain tu faedahnya 6%. lwn loan gomen 4%. at least save la 1/3 kan...

Julia (JTMP U29) said...

hmm..saya masih dalam proses memohon kelulusan pengarah untuk menjalankan perniagaan di luar waktu bekerja..harap2 esok pengarah ada dan boleh terus dapat kelulusan....by the way...im in a process to open a fitness center..yang menyediakan perkhidmatan aerobics, senaman gym dan sauna...doakan bisnes saya berjaya...