Tuesday, July 15, 2008

Debat

Malam bersejarah di Malaysia apabila perdebatan dari wakil kerajaan dan pembangkang dapat dilihat menerusi siaran langsung di tv dapat disaksikan olih jutaan rakyat Malaysia sekalung tahniah dan syabas kepada pihak yang mengizinkan debat politik secara terbuka.

Walaupun saya bukan dari kalangan yang berminat dalam politik, isu perdebatan ini menarik minat saya untuk mengikuti perkembangannya. Saya tabik kepada Dato Shabery atas keberanianya untuk berdebat dengan Dato Sri Anwar. Debat yang menghiburkan dan rumusannya secara peribadi dari saya seperti yang saya paparkan dibawah ini.

Ternyata baik dari segi umur, pengalaman, hubungan kemanusiaan dan cara berhujah Anwar jauh lebih matang dan bijak berbanding dengan Shabery. Jelas berbuih di mulut Shabery semangat untuk mematahkan hujah dari Anwar.

Anwar tidak menjawab hal peribadi yang dilemparkan Shabery berkali-kali kepadanya. Dan Anwar juga menunjukkan semangat profesional dan bukan emosi berbanding Shabery yang nampak ego dan besar diri kerana jawatannya itu.

Shabery merujuk Anwar sebagai sdr, sebaliknya Anwar merendahkan diri dengan memanggil Shabery Datuk Shabery. (Sepatutnya GELARAN darjah kebesaran yang dianugerahkan olih Sultan perlu digunakan dihalayak umum).

Di akhir perdebatan Anwar yang melangkah berjabat salam dengan Shabery yang terkaku di rostrumnya kerana masih teruja dengan apa yang berlaku.

keputusannya 7 - 3


1 comment:

melayuangkat said...

Assalamulaikum Puan,

Satu ulasan yang baik. Malangnya debat ini semacam memecahbelahkan lagi orang-orang Melayu.

Terlalu banyak penghinaan pada DSSC, walaupun saya bersependapat dengan Puan Mahani bahawa dia patut dipuji diatas keberanian berdebat dengan Champion Berpidato yang berpengalaman macam DSAI.

DSSC banyak menggunakkan fakta, DSAI melindunginya dengan keprihatinannya pada '..rakyat.." jadi nampak pada orang ramai dia yang bersungguh untuk menyelesaikan masalah ini walaupun tahu agak mustahil untuk melakukannya kalau pun dia jadi PM esok.

Apa-apa pun hari ini lain pulak cerita Anwar Ibrahim ni, masih belum reda malah tambah kecoh . Sama samalah kita tunggu nanti.
Semuga segalanya akan dapat diselesaikan dengan baik, InsyaAllah.