Sunday, June 22, 2008

Datuk Dr. S. Subramaniam

Hari ini ahad saya singgah di balai raya Jementah IV ingatkan ada majlis kenduri , rupanya majlis ramah mesra bersama dua orang wakil rakyat DUN dan Parlimen. Ceramah penerangan dari DUN Segamat merengkap ketua bahagian iaitu Dato' Osman Jais tertumpu kepada penekanan peruntukkan yang telah disalurkan untuk jalan-jalan serta pemaritan di kawasan Jementah.YB Dato Osman meminta rakyat mengimbas kisah silam perjuangan UMNO ketika menuntut kemerdekaan jangan jadi rakyat yang buta sejarah.Beliau juga menyetuh isu wakli dari DAP yang bongkak tidak mengikut kod etika dengan tidak memakai songkok ketika menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri di Johor hingga menimbulkan kemurkaan DYMM Sulan Johor.

Seterusnya Ucapan dari YB Parlimen Segamat iaitu Datuk Dr. Subramaniam yang juga menteri sumber manusia. Ucapan beliau lebih kepada menjurus soal peningkatan kos keperluan harian dan harga minyak.Beliau juga memperuntukkan beberapa peruntukan untuk disalurkan kepada tabung di Jementah untuk kos perkuburan Islam dan juga puluhan ribu untuk kemudahan masjid. Apa yang menarik tentang beliau seorang yang cepat mesra dan sentiasa tersenyum. Saya mengambil kesempatan berbual beberapa topik dengan beliau antaranya mengenai dunia perniagaan dan peluang perniagaan, mengenai kolej kejururawatan dan lain-lain perkara. Saya sempat bertanya beliau tentang tugasan beliau seorang menteri disamping tugas sebagai pakar sakit kulit di hospital Segamat. Jawapan beliau walaupun agak sebuk sebagai menteri beliau akan cuba berkhidmat di hospital Segamat sebagai doktor pakar sakit kulit. Kagum juga saya dengan beliau , walaupun kini menjawat jawatan sebagai menteri namun beliau tetap turun padang dan malayan kerenah penduduk setempat dengan senyuman dan mesra. Saya sempat merakamkan gambar dengan YB Datuk S Subramaniam sebagai kenangan bersama menteri dimajlis mesra bersama rakyat.

3 comments:

azlan said...

Kak Mahani,

Kalau berkelapangan tolong tulis artikel berkenaan prospeks Male Nursing.

Mahani binti Molok said...

kepada azlan okey saya akan tulis mengenai prospeks male nurse jika masa terluang kerana sekarang dekat KL agak sebuk.. insyAllah akan diusahakan

Photographer RAZAK RAMLI said...

Saya akan pergi Muar.
Hantar anak masuk kolej jururawat Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar pada 1hb Julai 2008.Cari punya cari jumpa blog ini.Saya dari Raub Pahang.Tak sangka jururawat berblog juga. Thanks banyak info kat sini.