Thursday, June 19, 2008

Operasi Lebih Masa atau Bekerja Lebih

Kakitangan kesihatan dan hospital diarahkan melanjutkan operasi dan perkhidmatan melepasi waktu pejabat. Bagi saya memang sejak saya mula berkhidmat pun kakitangan hospital memang sentiasa melakukan tugasan melangkau waktu pejabat.Tugasan dan perkhidmatan 24 jam memang telah sedia ada di mana-mana hospital kerajaan baik di wad atau di bahagian pendaftaran menerima pesakit masuk.Tugasan syif memang sejak zaman berzaman telah ada.Cuma mungkin di pusat-pusat kesihatan , di klinik-klinik dan poliklinik khususnya di luar bandar kakitangan bekerja mengikut waktu pejabat. Permasalahannya adakah kita cukup atau memiliki kakitangan yang sanggup bersedia untuk berkerja lebih masa. Sedangkan bekerja diwaktu pejabat pun kakitangan hospital terdiri dari jururawat dan doktor serta kakitangan hospital yang lain tidak dapat menampung jumlah kakitangan yang diperlukan.Setengah tempat doktor bertugas melakukan tugasan menjaga klinik 4 buah klinik dalam masa yang sama.Bagitu jugak nurse atau pembantu perubatan hinggakan masa rehat waktu makan pun mereka terpaksa berkerja. Ditakdirkan mereka cuti kekadang klinik tak ada pengganti..klinik buka tapi kakitangannya tak ada. fikir-fikirkan lah..

Pegawai perubatan atau nurse dari swasta atau persendirian kita nak guna tenaga mereka.. tempat mereka pun rasanya tak cukup staff untuk menjalankan tugasan harian di klinik mereka. Kerajaan pula bercadang memberi upah satu jam RM80.00? saya pasti mereka tak akan melayan bayaran sebanyak itu kerana kalau mereka diklinik swasta atau kerja mejaga klinik mereka sendiri pastinya mendapat keuntungan yang lebih dari kementerian tawarkan..

Seharusnya kerajaan atau kementerian kesihatan berbincang dengan persatuan kejururawatan dan persatuan pegawai perubatan serta kakitangan yang lain untuk mencari jalan supaya dapat menarik mereka yang terdiri dari perkhidmatan kesihatan dan perubatan bersemangat untuk berkeja lebih masa tanpa mengira masa dan waktu.

Klinik, hospital kerajaan lanjut waktu operasi
KUALA LUMPUR 19 Jun – Kementerian Kesihatan kini bersedia menampung pertambahan bilangan pesakit dengan melanjutkan waktu operasi serta perkhidmatan di semua hospital dan klinik kerajaan termasuk di luar bandar.

3 comments:

su-kj said...

A.kum Kak Mahani,

1. Nak tanya kat pensyarah..?

2. Jika seseorang nurse itu bertugas syif malam katakan 4 malam direct..?

3. Berapa harikah beliau diberi 'off' selepas itu? Tq

Anonymous said...

SU-KJ kalau nurse keja malam? rutin keja syif malam jika 2 atau 3 malam off day nya satu hari sahaja.Kalau rutin 4 malam 2 kelepasan keja malam dan off daynya sehari... terkini syif malam hanya 2 ayau 3 hari saja.

Anonymous said...

belahle..elaun shift tekde,tapi kene keje siang, malam,sabtu,ahad cuti umum..suami dan anak2 jadi liar sebab mak(nurse) asik takde rumah je, ni bukan zaman florence nightangle lagi,,sekarang zaman kencing berak kena bayar..Engko sebagai bekas nurse dan sekarang lecturer nurse apa yang korang dah buat dengan kerjaya dan skim jururawat..engko tau cikgu DG29/DG41 cukup 10 tahun khidmat automatik naik DG32/DG44 (time based promotion)..ni engko sekarang dah nak pencen baru U41 (tu pun nasib baik baru wujud skim pengajar U41), ni cikgu ajar a,b,c sekolah rendah dah gred 44,48..awak tu ajar diploma,pos basik..bayangkan..