Monday, July 28, 2008

Ikan Bakar Umbai Melaka.

Dari Segamat ke Umbai semata-mata ingin menikmati juadah ikan yang dikatakan amat popular di Umbai Melaka. Bertolak dari rumah dalam pukul 8.00 malam sepanjang perjalanan berhenti 3 kali tanya orang di mana letaknya kedai makan ikan bakar di Umbai itu. Kira-kira pukul 9.45 saya sampai di sana,agak jauh juga kira-kira 90km dari tempat tinggal saya.
Kedudukannya di pekan Umbai dan di tepian laut tapi telah diubah suai nampak agak moden yang saya sangkakan bercorak tradisi bentuk wajah kedai ikan bakar di sana.Saya membuat beberapa pesanan ikan siakap masak stim,sotong goreng,kerang rebus, lala masak cili padi goreng dan sayur kailan masak ikan masin.Minuman yang saya pesan air buah-buahan dan air panas.Sebelum menikmati makanan yang dipesan kami dihidangkan makanan ringan iaitu keropok cicah sambal kicap amat sedap menikmati makanan ringan itu.Sampai licinlah saya makan maklum saja jauh perjalanan ke Umbai ini. Kumpulan Saya ke Umbai 4 orang bersama mak, Mas, boss dan saya.Saya ke Umbai untuk menikmati makanan laut sempena ulang tahun kelahiran Mas dan saya doakan supaya Mas dimurahkan rezeki dan sentiasa dirahmati Allah dan panjang umur hendaknya.
Bila makanan yang dipesan tadi dihidangkan kelihatannya amat menyelerakan.Saya berempat menikmatilah makanan laut Umbai buat pertama kalinya yang dikatakan amat popular dalam daerah Melaka ini.
Mak dan boss mula merungut tentang masakan yang langsung tidak terasa cili dan sedikit pedas pun.Mungkin seleranya tak biasa dengan masakan orang Umbai bisik hati saya.Akhirnya saya buat pesanan satu mangkuk tomyam pedas bila saya menyedari semua makanan yang dihidangkan tidak terasa sedikit cili pun.Hingga saat habis kami semua menjamah makanan yang dihidangkan lala goreng cili padi yang saya pesan tidak sampai pun rasanya agak pelik sedangkan saya dah ambik lala tadi masukkan ke dalam bakul untuk digoreng.Memang saya tak ada rezeki untuk menjamah makanan lala goreng cili padi malam itu kerana pesanan yang kami buat tidak dimasak.
Apa yang peliknya air minuman teh O tidak diminum, rupa-rupanya air teh O tu tawar dan tidak dibubuh gula,saya tidak memaklumkan hal teh tak bergula itu pada pelayan kedai makan itu takut nanti dikatanya cerewet pula.

Selesai makan dan membuat pembayaran saya memaklumkan hal apa yang berlaku kepada pemilik kedai itu,nampaknya dia menerima apa yang saya perkatakan. Cuma saya rasa agak terkilan semangat dan mood saya terbantut apabila juadah yang bagitu enak dan popular serta diperkatakan ramai itu tidaklah sehebat yang saya sangkakan.pastinya di tempat-tempat lain, masakannya juga agak sedap dan hebat huhuhu..
Entahlah rasanya saya tidak akan ke Umbai lagi kalau sekadar untuk pergi makan masakan ikan bakar ...

3 comments:

Aliya Azmi said...

kalau aliya takde, biasanya, makanan mmg tak sedap.

HAHAHAHAHAHAHHAHAHAHHAAHA!

InsanBiasa said...

Hi Pn Mahani...
Im not ur student...
but im your blog reader...
i was nice to know that an
educator like u have a blog...
it's easy for me to know
how other colleges brought up
their students...
and how is the life of a nursing educators like you...

keep in touch.

sincerely
student nurse...

East Coast Cycling Team said...

Asalamualaikum Pn Mahani.....! Di kesempatan ini PLBD Dungun mengalu galukan Puan untuk memberi nasihat berkaitan kesihatan untuk pasukan kami yang terdiri dikalangan remaja dan tidak berapa pandai sangat dengan bidang perubatan ini. Kalau puan sudi untuk memberi panduan penjagaan kesihatan pelumba pelumba kami amat mengalu alukan nya. Puan boleh lah ke Blog kami seperti dibawah.
http://dunguncyclingteam.blogspot.
com
http://www.therocketpocketman.
blogspot.com
Harap Puan sudi memberi komen berkaitan menjaga kesihatan. Sekian terima kasih dan jumpa lagi. Selamat memblogs.