Thursday, May 8, 2008

Kursus PROSTAR di pusat rekreasi Felcra Tebing Tinggi




Kursus PROSTAR di pusat rekreasi Felcra Tebing Tinggi




Telah diadakan untuk Pelajar pelajar dari kolej jururawat masyarakat segamat ambilan Julai 2006 dan Julai 2007. Mereka telah mendaftar pada 2 Mei 2008 pada pukul 3 petang . Pada hari pendaftaran tersebut pelatih pelatih diberikan kunci bilik masing masing. Taklimat telah diberikan oleh pihak urusetia program berkaitan perjalanan kursus berkenaan. Pelatih pelatih dikehendaki memakai pakaian sopan dan kemas semasa menjalani sesi teori dan berpakaian sukan untuk sesi rekreasi .
Tujuan diadakan program ini adalah untuk memberi pengetahuan kepada para pelatih tentang HIV dan AIDS. Sesi pagi dimulakan dengan sembahyang subuh dan kuliah subuh. Diikuti dengan senam robik dan ceramah bermula pada 8.30 pagi. Perasmian dan ceramah pertama telah diberikan oleh Pegawai Kanan Kesihatan Segamat Dr Zaharah Mohd Salleh. Kursus ini juga telah disertai oleh pelajar pelajar perubatan dari Monash University, Sunway cawangan Malaysia. Kursus dijalankan dalam dwibahasa, memandangkan pelajar pelajar perubatan tersebut ada yang tidak memahami Bahasa Melayu walaupun mereka berwarganegarakan Malaysia! Pada mulanya, kursus terganggu akibat keadaan ini tetapi dapat diselesaikan oleh pasukan fasilitator yang serba cekap dan canggih tu!
Aktiviti yang dijalankan amat menyeronokkan para pelatih kerana mereka boleh bekerjasama sesame mereka dan dapat menanamkan sifat saling percaya mempercayai antara sesama lain. Kursus berakhir pada 5 Mei 2008. Tahniah! Kerana dapat menjalani dan menamatkan kursus PROSTAR ini dengan cemerlang dan jayanya!!!!

No comments: