Tuesday, May 13, 2008

Conference Malaysian Nursing Associations (MNAs)



Hari ini 12hb.mei 2008 adalah Hari Jururawat .Kali ini majlis dibuat di tempat yang berprestij iaitu di hotel Sunway Petaling Jaya, Saya mengucapkan selamat menyambut hari jururawat kepada jururawat-jururawat yang membaca blog saya ini. Semoga semua jururawat yang berada di Malaysia ini bertambah bersemangat untuk memberi khidmat kepada masayarakat , bangsa dan negara dengan mutu perkhidmatan yang cemerlang.Pekerjaan kita merupakan satu amanah dan juga ibadat disisi agama insya-Allah pekerjaan kita dirahmati dan mendapat keredaan darinya.

Saya menghadiri Conference Malaysian Nurses Association di Hotel Sunway Pyramid, Petaling Jaya. Dengan pembayaran pendaftaran RM 150.00. ketika melangkah ke dalam dewan conference, saya begitu teruja melihat ribuan peserta yang menghadiri majlis tersebut. Semua peserta yang diundang itu datang daripada pelbagai kategori mewakili negeri masing-masing. Saya melihat mereka terdiri daripada semua kategori jururawat iaitu Student Nurse, Jururawat Masyarakat, Staff Nurse, Sister,dan Matron yang begitu segak dan bergaya dengan uniform mereka. Jururawat lelaki juga kelihatan di dalam majlis ini tetapi tidaklah begitu ramai, mereka mewakili kumpulan yang agak kecil. Oleh kerana jawatan saya tidak dikategorikan dalam jawatan yang memakai pakaian uniform, jadi saya hadir dengan memakai pakaian mufty – baju kurung sahaja. Tapi ok lah hihiihi walaupun orang tak menyedari kehadiran saya tu..

Ucapan yang diberikan oleh penceramah penceramah amat bermakna dan bagitu padat sekali mengenai dunia dan peranan jururawat masa kini.Kemudahan ceramah menggunakan multi media dan computer serta layar skrin memudahkan peserta mengikuti conference dengan selesa .Tahniah kepada para penceramah!! Cuma ada diantara penceramah seolah-olah membaca skrip dari awal hingga akhir apa yang dipaparkan dilayar skrin computer…terdengar kata kata nakal dari peserta cara penyampaian macam dalam kelas boleh mengantukkan, Saya sekadar tersenyum seolah-olah mengakui kebenaran kata kata nakal itu hihihi.Saya Cuma mengingatkan diri saya jika ditakdirkan saya di atas pentas, saya perlulah melengkapkan diri dari segi mental dan saikologi untuk menarik perhatian peserta menumpukan apa yang saya perkatakan . Saya tidaklah mahu apa yang saya terangkan menjadi macam teks khutbah Jumaat dibaca olih imam di atas mimbar tapi kebanyakan yang mendengar nya melelapkan mata hihihiihih..

Pukul 1 tengah hari,peserta dihidangkan jamuan makan tengah hari. Ketika menikmati juadah, saya terfikir mengapakah peserta-peserta diasingkan mengikut negeri-negeri yang kelihatannya seolah-olah peserta ini berpuak mengikut daerah dan kenegerian masing-masing. Saya menikmati juadah makan tengah hari di celah-celah sister dan matron yang saya tidak kenali, memang saya sengaja duduk di antara mereka. Saya cuba tersenyum dan berbual dengan mereka.tetapi kelihatannya seolah-olah saya berbual sendirian. Mungkin kehadiran saya yang tidak memakai pakaian uniform janggal bagi mereka dan mereka hanya berkata sepatah dua sahaja.Makanan yang disediakan saya jamah sekadar mengalas perut sahaja.

Petang dalam pukul 2.30 majlis disambung semula, saya mendengar pembentangan ceramah untuk yang seterusnya. Sebelum majlis tamat saya sempat bertemu kenalan lama dan bermacam-macam cerita diri mereka dan keluarga serta kisah silam menjadi topic perbualan . Saya meninggalkan majlis dalam pukul 5.30 petang balik ke penginapan hotel yang telah saya tempah.

Bersama rakan sekerja dari Segamat. Gambar-gambar akan saya editkan kemudian sebab saya masih di KL lagi,


No comments: