Friday, July 11, 2008

INTERNET DAN SMS

Minggu ini saya agak kekurangan masa dan waktu untuk menulis disebabkan aktiviti yang saya hadiri agak padat. Saya baru saja balik dari menghadiri kursus di Hayat Hotel Johor Bahru. Kali ini benar-benar memeranjatkan kursus di hadiri lebih dari 300 peserta dari kalangan jururawat, separa madik ,Tenaga pengajar nurse dan doktor serta pakar perubatan. Di sini sekali lagi saya secara kebetulan bertemu dengan rakan-rakan lama yang mana ada diantaranya telah lebih belasan tahun saya berpisah dan ditemukan pada masa kursus di sini. Kesempatan masa yang ada saya gunakan untuk bertanya khabar dan berkongsi pengalaman yang telah masing-masing lalui.

Isu hangat yang dipaparkan di dada akhbar adalah mengenai blog atau website di internet.Walau pun saya bukan terdiri dari kalangan orang yang aktif dalam politik, disebabkan kerana saya juga merupakan diantara penulis blog di internet , jadi berita seumpama ini perlulah saya memberi penumpuan dan perhatian. Di sini saya paparkan komen-komen mengenai pandangan orang ramai di blog dan juga kata-kata perdana menteri yang kita hormati dan juga kata-kata bekas PM kita Tun yang kita sentiasa muliakan.



Snippets - Fitnah internet, SMS perbuatan khianat PM

Posted by Dr. Mahathir Mohamad at July 10, 2008 10:50 AM
Comments (316) TrackBacks (0) Previous Blog

Kata Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi; "Tindakan menyebarkan fitnah dan pembohongan melalui internet dan SMS untuk mewujudkan persepsi negatif rakyat terhadap Kerajaan adalah perbuatan khianat," - Berita Harian 8 Julai, 2008.

Perdana Menteri mengaskan perbuatan itu jelas melanggar prinsip Rukunegara seperti;
1) Kesetiaan kepada Raja dan Negara
2) Keluhuran Perlembagaan
3) Kedaulatan Undang-undang
4) Kesopanan dan Kesusilaan
Continue reading

Snippets - Fitnah internet, SMS perbuatan khianat PM.
-->

1 comment:

melayuangkat said...

Assalamualaikum Puan Mahani,

Alhamdullillah, saya tumpang gembira Mahani dapat bertemu kawan kawan lama.

Dan memang benar saranan PM, sekarang fitnah bermaharajalela. Blog blog disalah gunakan untuk menyebar yang negatif terutama mengenai Kerajaan BN, UMNO dan Pak Lah. Kalau ada masa pergilah ke blog Pembangkang.

Saya pergi sekali sahaja dan rasa tak payahlah baca blog mereka yang terlalu negatif dan bijak bijak belaka dalam isu mentabdir negara. Semuanya tak betul.

Orang orang DAP terutamanya kalau dah teruk sangat Kerajaan BN, elok juga mereka fikir untuk berhijrah ke Taiwan ke atau banyak negara negara yang mereka agungkan sistem pemerintahan mereka.

Kadang kadang sikap tidak bersyukur langsung pada Kerajaan buat kita meluat dengan Pembangagkang walaupun yang Melayu dan Islam.

Pergilah ke Negara mana pun tidak akan sama dengan Malaysia. Anak saya dulu belajar di Edinburgh, UK selama 4 tahun. (Alhamdulillah sekarang dah balik dan kerja di KL).

Semasa di Edinburgh di sakit, Ya Allah susahnya nak jumpa doktor NHS atau hospital government mereka. Kena buat appointment tak pe tapi nak tunggu 'bila' yang masalahnya sebab terlalu lama. Berminggu sampai sakit itu boleh sembuh sendiri. Kalau tak serious tak apalah kan.

Pada hal pelajar Malaysia yang buat medics berlambak di sana. Kalau nak jumpa private doktor satu kali seratus pound. Bayangkan.

Cuba bandingkan dengan sistem Kesihatan kita. Betapa mudah nak jumpa doktor kalau sakit, dah pulak tu 24 jam!! Kena tunggu, itu biasalah. Kalau pergi hospital bayar atau private clinic pun mesti kena tunggu.

Tapi mereka mereka yang hanya pandai bercakap ni, tidak mahu menerima hakikat betapa bertuah jadi rakyat Malaysia. Mereka tidak bersyukur. Yang berAgama Islam pun menyedihkan. Ramai yang tahu baca Al Quran tetapi saya tidak tahu tafsiran dan inti pati ajaran kitab suci itu sendiri.

Maka akan terus bermaharajalelalah fitnah. Kalau kita cakap dia orang marah, kata kita nak ampu kerajaan. Nak ampu apa Mahani? Macam saya, bukan ahli UMNO pun. Cuma saya bersyukur, saya rakyat Malaysia, saya Muslimah.