Hari ini hantar anak kesayangan ku balik ke kolejnya di Melaka. Kelihatannya balik kali ini dia tidak begitu gembira ,walaupun dia ketawa dan sentiasa senyum tapi saya amat mengerti tentang dirinya. Apa pun saya akan berusaha untuk menambat hatinya supaya dia sentiasa riang dan tenang serta merindui keluarga. InsyAllah cuti semester nya diakhir tahun nanti saya akan bawanya melancung, mungkin keluar dari negara Malaysia ini untuk seketika, apapun semuanya bergantung kepada tugasan dan cuti saya,,InsyAllah. Saya lakukan semua ini adalah untuk anak kesayangan saya , dia adalah satu-satunya anak tunggal saya yang saya anggap dialah anak lelaki dan anak perempuan walaupun hakikatnya dia adalah perempuan yang amat comel huhuu ...entahlah rasa tidak seronok rasanya bila berjauhan dengannya. Tapi dalam umur yang begini dia juga perlu memajukan dirinya supaya menjadi cerdik pandai yang dapat membantu dirinya bila dewasa kelak dan dapat memberikan sumbangan kepada negara.
Di kolej tempat saya mengajar saya juga perlu menguruskan pelatih-pelatih nurse yang saya anggap seperti anak sendiri. Walaupun anak tunggal saya berpisah agak jauh di Melaka ,di kolej saya ada beratus anak-anak yang perlu saya jaga dan didik secara langsung supaya mereka semua diberi perhatian dan menjadi manusia yang cermelang dimasa hadapan. Ketawa dan gelagat mereka sering menghayalkan saya adakah anak saya juga dilayan seperti saya melayan pelajar-pelajar kolej dibawah kelolaan saya .
Kesempatan pada hari ini saya juga tertarik dengan penulisan dari blog su-kj jadi saya postkan juga disini supaya kita sama-sama menghayatinya:
Pemimpin dan maruah
Penahanan besar-besaran BPR keatas pegawai-pegawai kanan Jabatan Imigresyen menggambarkan amalan 'rasuah' dinegara ini masih berleluasa. Ia merupakan penyakit atau barah yang dilihat amat sukar dan payah untuk diubati.
Jadi kenapa sebelum ini pihak kerajaan sentiasa melenting dan masih menafikan bila dituduh oleh pihak agensi antarabangsa yang menyenaraikan Malaysia merupakan antara negara tertinggi didunia ini yang mengamalkan rasuah?
Malah penahanan Ketua Jabatan Imigresyen sendiri amat mengejutkan semua pihak. Akhirnya 'Pagar' menjadi Pengkianat dan Petualang negara !. Ini semua kerana 'maruah' ?
Ada rakan-rakan saya pernah bertanya pada saya...'Dalam Malaysia ini Jabatan manakah yang awak fikir tidak ada amalan rasuah'?
Saya jawab..." Mungkin Jabatan Kaji Cuaca " sahaja yang tidak ada amalan rasuah !
Jika sebelum ini kita boleh lihat Pegawai-pegawai dan anggota polis memakai lencana khas iaitu 'Saya Anti Rasuah', jadi mungkin selepas ini ada baiknya juga jika Pemimpin-pemimpin Politik dan Pegawai-pegawai kanan kerajaan memakai lencana khas ' Saya Pemimpin Bermaruah' atau ' Saya Pegawai Bermaruah ' .
0 comments

2 comments:
asalam pn mahani;
Sabar aje la.. semoga anak pn mahani akan di layan sebagaimana pn mahani melayan pelatih-pelatih nurse di kolej pn mahani.. sama sama kita mendoakannya kejayaan anak-anak kita.
Assalamualaikum,
Sabar sahaja Puan Mahani, dulu saya pun berpisah dengan anak saya selama empat tahun bila dia belajar di luar negara. Kita kena berkorban untuk masa hadapan masing masing.
InsyaAllah, anak Puan Mahani akan Selamat seperti mana Puan menjaga 'anak anak' orang lain di Kolej Kejururawatan Puan.
Allah swt Maha Adil. Baik akan dibalas baik walaupun kita tidak meminta balasannya. WaAllahuAlam.
Post a Comment