Monday, July 14, 2008

Buah Durian


Sekarang ini adalah musim buah durian di daerah Segamat. Segamat adalah diantara daerah yang paling popular dengan hasil pengeluaran buah durian yang bermutu tinggi. Segamat memang sinonim dengan buah durian. Jika anda datang ke Segamat sekarang ,disepanjang perjalanan anda , akan kelihatan pondok-pondok kecil orang menjual buah durian. Buah durian ini dijual dengan timbangan kilo dan harganya mengikut mutu kualiti isinya.

Di kolej, Pengarah kolej kejururawatan telah menjamu kami dan kakitangan lainnya menikmati buah durian pada hari semalam. Buah durian yang terpilih gred A bermutu tinggi dihidangkan untuk kami semua.Sungguh enak menjamu selera dengan buah durian Segamat huhuhu.Isi buah durian berwarna kuning keemasan rasa kepahitan dan manis itu dikatagorikan sebagai mutu yang terbaik. Istemewanya di kolej ini sejak musim buah durian bergilir-gilir staf setiap hari membawa buah durian ke pejabat dan memberi makan buah durian secara percuma, terima kasih daun keladi..

Walaupun saya kelahiran Segamat, saya tidak memiliki dusun buah durian. Entahlah mungkin bukan rezeki saya untuk memiliki kebun durian seperti kebanyakan orang-orang Segamat yang lain. Apa pun saya tetap bersyukur kerana jiran-jiran dan sahabat-sahabat sentiasa memberi percuma buah-buahan bila tiba musimnya.

No comments: