Wednesday, July 16, 2008

Akhirnya DSAI DiTahan

Hari ini penuh handphone saya dengan SMS mengenai berita penangkapan Dato Sri Anwar.Dari sejak Tengah hari hingga sekarang ada saja berita yang saya terima, saya sekadar baca dan delete.Sehingga saat saya menulis ini pun sms dari kawan-kawan terus saya terima yang mengulas mengenai tangkapan ke atas DSAI. Rasanya saya tidak terpengaruh dengan berita-berita yang dismskan kepada saya. Fikiran saya hanya teringatkan peristiwa ditahun 1998 .Apakah sekali lagi masa dan wang ringgit akan dihabiskan dengan begitu lama dan banyak untuk mencari keadilan didalam kes DSIA ini. Rasanya esuk mulalah penyokong-penyokong DSAI mula berhimpun untuk membantah atau melakukan demonstrasi protes kerana pemimpin mereka ditangkap.

Moga-moga pihak berkuasa dan kerajaan pimpinan pak Lah dapat menyelesaikan kekalotan susana yang tidak bagitu mengembirakan ini sebaik mungkin dengan segera. Saya panjatkan doa ke hadarat Ilahi semoga negara Malaysia ini tidak lagi penuh dengan peristiwa-peristiwa yang sensasi dan kontrovesi serta memualkan. Rakyat inginkan keamanan dan keselesaan bagi meneruskan kehidupan seharian mereka.



AstagfirullAlahalAzim,

Apa dah jadi dengan orang Melayu..
Adakah benar Anwar mangsa politik?
teringat kesah singapura dilanggar todak.

cuba buat penyelesaian ibarat menarik rambut di tepung, rambut tak putus dan tepung tak berselerak...

masing-masing dengan keegoannya, hanya mereka fikir nak berkuasa dan mengekal kuasa...Akhirnya Malaysia hancur rakyat menderita..

Harap-harap PM dapat mencari formula yang terbaik untuk mengamankan suasana politik yang makin bercelaru hari ini..InsyAllah

1 comment:

melayuangkat said...

Assalamualaikum Puan Mahani,

Saya masih ingat pada tahun 1998 kami sekeluarga berada di Penang dan malam itu kalau tak silap ada sambutan kemerdekaan atau selepasnya, DSAI dan Tun Dr. M, berdiri seiring atas pentas. Tun Dr. M masa itu kelihatan tidak mesra langsung dengan DSAI, esoknya DSAI ditahan.

Apa lagi macam bom meletuplah di Shah Alam ini. Ketika itu juga orang Melayu berpecah. Saya tak langsung sokong DSAI sebab saya percaya Tun tidak akan pecat timbalannya yang telah berkhidmat dengannya selama 16 tahun jika tidak ada sebab yang amat baik.

Di kelas kelas agama pun kami diasak untuk benci Tun M. Anwar macam mangsa kekejaman Tun M. Saya sampai kena marah sebab tak mahu beli apa apa ticket ke high tea ke, book mark mata lebam Anwar ke, untuk kumpul dana menegakkan keadilan buat Anwar

Kami beberapa kerat sahaja yang tak kisah nak tegakkan keadilan buat Anwar, bagi kami Allah lah yang akan menegakkan segala keadilan di dunia dan akhirat.

Saya masih ingat haji tahun itu, ada seorang kenalan memberitahu group mereka telah berdoa dan buat solat hajat semasa wukuf untuk Keadilan bagi Anwar Ibrahim.

Begitulah bertuahnya orang bernama Anwar Ibrahim, sampai masa wukuf pun orang doakan dia, bukan seorang, beratus orang.

Jadi bagi saya, jika kita telah berdoa sehinggakan masa wukuf. Kita serahkan sahaja pada Allah swt.

Sekarang ini sekali lagi. Puan tinggal di Segamat, baguslah, tak kena trafik jam macam kami di sini. Setakat sms tu biasalah. Maxis, Celcom dan Digi juga yang bertambah kaya.