Tuesday, March 25, 2008

TAHNIAH KEPADA STUDENT AMBILAN JAN.2007

Kelahiran gerila siber telah bertambah dari masa ke semasa sehinggakan tidak berdaya untuk membaca apa yang dipaparkan.Tanpa disuruh, pencipta siber telah melahirkan ribuan laman untuk kita membaca dan menilai apa yang dipaparkannya. Teknologi blog telah menyebabkan perang gerila siber menjadi semakin hebat.
Kurang dari 3 minit, sebuah blog sudah boleh dimulakan.Kalau tak percaya sila layari http://sopo-sentral.blogspot.com/ anda pasti akan terperanjat dengan lahirnya begitu banyak laman blog di Malaysia. Anda juga bolih dan mampu membuat dan memiliki blog sendiri .Dengan mudah untuk anda menyalurkan apa yang ingin anda war-war kepada orang ramai..
KARYA seni syair yang dipaparkan dihalaman ini saya ambil dari blog lain .... lupa pulak eik kat web mana dan nama blog tu tapi tak apa menda yang elok kena war-war kan , saya tertarik ngan ungapan syair yg dipaparkan itu. Rasanya elok kita renungkan dan muhasabah diri kita bila membaca apa yang dikatakan dalam tulisan syair tersebut...
rangkap syair ini merupakan karya Imam Syafie’ rahimahullahu taala yang mana ia merupakan syair yang selalu daku pegangi bilamana hati ini terkadang cuba nak bersifat ‘nakal’…

شكوت إلى وكيع بسوء حفظي *** فأرشدني بأن أترك المعاصي
وأخبرني بأن العلم نور*** ونور الله لا يهدى لعاص


Bermaksud : “Daku telah mengadu kepada guruku Imam Waki’ berkenaan hafazanku yang tidak berapa baik,maka beliau pun menasihatiku supaya hendaklah aku meninggalkan perbuatan maksiat,dan beliau memberitahuku bahawasanya ilmu itu adalah cahaya,dan cahaya Allah itu tidak akan masuk kedalam hati pembuat maksiat” (Imam Waki’ ialah guru Imam Syafie’ ketika beliau menuntut di Baghdad)
ولا ترجوا السماحة من بخيل *** فما في النار للظمأن ماء
إذا كنت ذا قلب قنوع *** فأنت و مالك الدنيا سواء
Bermaksud : “Dan janganlah kamu berharap yang si bakhil itu akan bermurah hatinya,kerana (keadaan mengharap itu samalah keadaanya seperti) orang yang kehausan pastilah tidak akan menemui air jika dia mendekati si api,jika kamu mempunyai hati yang berasa mencukupi apa yang kamu punyai,maka dirimu dan raja dunia itu samalah sahaja keadaanya” (kerana raja yang memerintah dunia akan sentiasa berasa puas dan cukup dengan kekayaanya,yang mana sama sahaja keadaanya dengan orang yang bersifat sentiasa berasa cukup pada apa yang dia punyai walaupun sedikit)
Untuk pelajar ambilan jan.2007 syabas untuk semuanya TAHNIAH!! ANDA MAMPU MELAKUKANNYA.
klik gambar dibawah untuk paparan yang jelas

1 comment:

Abadi Zul'Nas said...

saya nak tau bagaimana nak dapatkan borang kemasukan ke kolej jururawat. mintak bagi penerangan kerana adik saya lepasan spm berminat untuk masuk kekolej jururawat tp saya tak tau nak ambil borang dimana, and tak tau kolej mane yang bersesuaian kerana dah terlalu bayak kolej jururawat dimsia.terima kasih