Wednesday, August 13, 2008

UiTM membuka peluang belajar kepada kaum bukan Bumiputra


Rasa terpanggil menyentuh isu membenarkan pengambilan pelajar bukan bumiputra untuk menjadi pelajar UiTM.Jika isu ini diperbesarkan amatlah merbahaya kepada sebuah negara yang penduduknya dari pelbagai kaum seperti Malaysia ini.Isu begini harapan saya janganlah dipolitikkan.Sebarang perundingan, pandangan dan penyelesaian mengenai isu ini perlulah dibuat dengan cara yang berhemah, cermat dan teliti untuk memastikan keunggulan UiTM sebagai sebuah universiti yang unggul kecemerlangannya tidak dipandang sinis.

Memang ada baiknya UiTM dibuka kepada bukan bumiputra.Setidaknya pelajar dapat melahirkan perpaduan dan memupuk suasana muhibah diantara pelbagai kaum dengan demikian integrasi antara kaum akan terjalin.Persoalannya adakah tiada cara lain untuk memupuk perpaduan antara kaum diantara pelajar UiTM dan kaum-kaum lain di Malaysia ini.Hanya membuka kuota terbuka untuk kaum bukan bumiputra menjadi pelajar di UiTM sajakah baru hubungan anak-anak bumiputra di UiTM sana mengerti kita memerlukan muhibah dan perpaduan kaum. Rasanya ada banyak cara-cara lain dan aktiviti masyarakat yang dianjurkan oleh pelajar-pelajar UiTM dapat memupuk perasaan muhibah dan perpaduan kaum di Malaysia ini.

Pada peringkat awal mungkin kita berpendapat hanya 10 peratus sahaja dibuka untuk bukan bumiputra.Terlalu kecil peratus dan bilangannya.Tapi kalau esok atau lusa mereka yang bukan bumiputra mendesak dan membuat tuntutan penambahan kuota bagaimana?
Akhirnya suatu hari kelak mereka mendesak tuntutan sistem merit diguna pakai untuk membolehkan pelajar-pelajar memasuki UiTM sebagai pelajar.Akibatnya tentulah anak-anak Melayu tak mampu bersaing, dan berakhirlah keunggulan UiTM di mana asal penubuhannya untuk menjulang dan mengangkat serta memertabatkan bumiputra dalam pelajaran.

Kita boleh melihat di kolej-kolej matrikulasi di seluruh Malaysia akibat membuka kuota kepada kaum lain.Pelajar yang cemerlang adalah kaum lain dan kaum bumiputra akhirnya tercicir , mereka tidak mampu bersaing, berakhir dengan keputusan peperiksaan yang lulusnya agak minima dan peluang mereka untuk menempatkan diri di Universiti dalam jurusan yang memerlukan lulusan kecermelangan akedemik amat tipis.



Bagi kepimpinan dikalangan pelajar-pelajar UiTM janganlah mudah melatah bila di sogok dengan isu-isu yang sensitif ini. Tugas anda hanya seorang pelajar, anda ke sana dengan harapan ibu bapa atau keluarga untuk mendapatkan ilmu pelajaran sebaik mungkin yang boleh.Jika anda cemerlang dalam pelajaran anda menjadi kebanggaan semua.Peluang belajar di UiTM eloklah dimunafaatkan sebaik mungkin.Dalam hal ini saya bersependapat dengan su-kj tindak balas secara drastik dengan mengumpulkan kira-kira 5000 pelajar UiTM berarak membantah isu tersebut, boleh memberi kesan jangka panjang yang lebih buruk kepada graduan-graduan UiTM itu sendiri.Perarakan 5000 pelajar itu tidak perlu. Ia hanya sekadar boleh menambah perasaan benci dikalangan kaum-kaum bukan bumiputra kepada kaum bumiputra di negara ini.
Saya bersetuju dengan satu komen yang terdapat dalam satu blog lain, di mana pengirimnya menyatakan bagaimana kelak sekiranya graduan-graduan dari UiTM akan ditolak (reject) permohonan mereka untuk bekerja dengan syarikat-syarikat yang dikuasai oleh bukan bumiputra dimasa depan.
Berfikirlah dengan sematangnya sebelum bertindak untuk kebaikan semua, jangan bertindak secara emosi kerana akhirnya kita dan rakyat berbilang kaum yang akan rugi.

3 comments:

mohad said...

salam.. tak nak join gath ke...

Along said...

Maafkan saya kalau komen inu terlampau kasar atau kurang ajar yang tak sepatutnya seorang pelajar/anak muda luahkan.

Saya adalah salah seorang mahasiswa UiTM di dalam jurusan perubatan. Saya tak pasti samada kita akan berjumpa lagi di mana2 hospital atau klinik selepas ini.

Saya dapat memahami perasaan puan berkaitan dengan demonstrasi yang kawan2 saya anjurkan baru2 ini.

Saya tak dapat menyalahkan puan dan lain2 komentar di luar san atas kenaifan dan ketulusan hati dalam mempromosikan perpaduan kaum di malaysia ini. Saya juga inginkan perpaduan, tetapi bukanlah perpaduan palsu yang dibayar dengan kemusnahan dan keranapan bangsa melayu dan bumiputera.

Bangsa saya,bangsa melayu memang terkenal dengan sikap mengalah, sanggup memberi dan berbaik sangka.Tapi ingatlah satu peribahasa lama, buat baik biarlah berpada-pada.

Bukan bersifat perkauman,tapi fikirkanlah secara jujur: pernahkah kaum2 pendatang berterima kasih kepada kaum peribumi diatas apa yang kaum peribumi korbankan selama ini.

Setakat ini belum pernah saya dengar apa2 cadangan atau inisiatif dari kaum bukan bumiputera untuk menolong dan memajukan bangsa kita. Tetapi pada masa yang sama, kita selalu memikirkan tentang kebajikan bangsa lain di malaysia ini, sampaikan sanggup mencantas peluang anak2 bangsa sendiri.

Berkaitan dengan hujah puan yang dinyatakan seperti diatas:

1) membuka UiTM kepada bangsa lain akan dapat meningkatkan integerasi kaum di negara ini.

Universiti2 dan IPT2 di negara ini mempunyai pelajar yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama. Namun adakah semangat perpaduan antara kaum dapat dilihat di institut2 ini. Pelajar2 hanya bergaul sesama kaum mereka dan hanya bercampur jika diarahkan oleh pensyarah atau melaksanakan sesuatu tugasan.

Sepatutnya usaha memupuk perpaduan dilakukuan ketika mereka masih berada di bangku sekolah lagi.Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Jika UiTM dipaksa untuk membuka pintu atas nama perpaduan, bagaimana dengan sekolah2 perkauman seperti sekolah cina dan india? apa keistimewaaan sekolah2 ini sehingga tidak perlu bagi mereka berkorban demi merealisasikan sekolah satu aliran? kenapa bangsa kita sahaja yang harus berkorban? kenapa?

2) Kuota 10% hanya kecil sahaja.

Baiklah,kecil sahaja bukan.Pengambilan pelajar UiTM adalah dianggarkan seramai 10000 orang per tahun, dan 10% bermakna 1000 kursus profesional dan kritikal akan terlepas begitu sahaja kepada bangsa lain. Dimana kita nak campak (maaf,agak kasar)anak2 kita yang kurang menyerlah keputusan peperiksannya? Dan adakah bangsa lain akan begitu bermurah hati untuk menaja anak2 bangsa kita belajar di institut2 pendidikan tajaan mereka?

Tahukah puan, UKM yang pada mulanya ditubuhkan atas nama memperjuangkan bangsa dan bahasa melayu di dunia pendidikan kini hampir dikuasai orang bukan bumiputera?

75% tempat di fakulti perubatan UM dan UKM adalah terdiri dari bukan bumiputera.Mungkin bertambah dengan bilangan anak2 bumuputera yang "sangkut" dalam mana2 peperiksaan.(majoriti yang kandas peperiksaan profesional 1 dan 2 MBBS di UM adalah terdiri daripada anak2 melayu)

Jangan katalah kolej2 dan IPT swasta, bilangan anak2 melayu dan bumiputera disana boleh dikira dengan jari.

MRSM kini terpaksa membuka 30% tempat pengajiannya untuk kaum bukan bumiputera. Nampaknya kenalah kita campak sebahagian besar anak2 kita yang cemerlang UPSR dan PMR ke sekolah2 biasa dan akhirnya "hanyut".

3) Sektor swasta yang dikuasai bukan bumiputera akan memboikot graduan UiTM akaibat boikot ini.

Nah, satu contoh yang jelas bagaimana bukan bumiputera menggunakan kuasa ekonomi yang ada pada mereka untuk menghambakan kaum melayu dan bumiputera. Inilah sebab utama kenapa UiTM ditubuhkan; untuk membebaskan kaum bumiputera daripada terus diperhambakan secara tidak langsusng oleh kaum bukan bumiputera melalui penghasilan golongan memengah dan professional bumiputera yang mampu bersaing dan "mengasak" syarikat2 milik bukan bumiputera. Jangan lupa, sektor kerajaan masih dikuasai oleh bumiputera, jadi graduan UiTM yang diterima oleh sektor kerajaan boleh melakukan perkara ynag sama terhadap golongan sebegini.

Natijahnya, kita perlu mempertahankan apa yang kita ada dan tidak terlalu bersikap memberi secara membuta tuli. Janganlah kerana ingin menang sorak, akhirnya kampung, bangsa dan agama tergadai.

Anonymous said...

Universiti Ini unTuk Melayu (UITM)