PROFESSION KEJURURAWATAN. i was working as nurse in 80's and 15 years later i became nurse tutor and lecturer for nurses in Johor Bahru. After 5 years, i moved to Segamat Community College (Kolej Jururawat Masyarakat Segamat) and do my futher studies as well.
Monday, August 11, 2008
Keahlian UMNO
Dalam seminggu dua ini isu yang hebat dikalangan penduduk Malaysia majoritinya ialah mengenai mesyuarat dan undian serta pencalonan AJK cawangan dan ketua UMNO cawangan seterusnya melantik wakil dan mengundi wakil yang layak menerajui kepimpinan bahagian.Mesyuarat Agung cawangan akan berlangsung sehingga 24 Ogos, manakala peringkat bahagian bermula 9 Oktober hingga 9 November sebelum Perhimpunan Agung Umno diadakan pada 16 hingga 20 Disember ini.
Dalam kehangatan dan kerancakan mana-mana cawangan bermesyuarat, saya tidak terlibat langsung dalam suasana itu.Ini berlaku kerana nama saya tidak tersenarai walau sebagai ahli Umno biasa sekali pun.Seingat saya 3 tahun lalu saya telah berpindah dan menetap di daerah Segamat ini dan menduduki kawasan Jementah IV, di mana cawangan umno di sini adalah cawangan Jementah IV di bawah pimpinan seorang kenalan yang rapat dengan saya juga.Tiga tahun yang lalu ketika mula berpindah di sini saya telah memohon untuk menjadi ahli biasa di cawangan ini juga, tapi ditolak dengan alasan saya adalah ahli umno di cawangan Skudai JB. Tindakan saya seterusnya memohon kebenaran untuk menukar keahlian umno dari Skudai menjadi ahli Jementah IV. Permohonan telah saya salurkan melalui ketua pemuda cawangan tersebut untuk diserahkan kepada ketua cawangannya, selang lima atau enam bulan kemudian saya dimaklumkan bahawa borang permohonan tersebut telah hilang.Tindakan seterusnya saya mengisi borang pertukaran keahlian umno sekali lagi dan kali ini saya hantar permohonan tersebut melalui setiausaha cawangannya dengan disertakan fail supaya nampak jelas dan mudah dicari agar tidak hilang dan tercicir.Malangnya hingga hari ini permohonan saya tidak diproses langsung.Menurut sumber dari rakan-rakan yang boleh dipercayai, borang saya hanya terperap di rumah ketua cawangan sahaja tanpa apa-apa tindakan. Pernah juga kes ini saya suarakan melalui e-mail ke pejabat MB Johor melalui blog nya tapi email saya tidak berbalas.
Saya mohon menyertai UMNO di cawangan Jementah IV ini bukanlah bertujuan dengan penyertaan saya ini untuk berpolitik dan merebut apa-apa jawatan , tetapi untuk merapatkan diri dengan penduduk setempat disamping memupuk semangat permuafakatan diantara penduduk.Walaupun terdengar desas desus mengatakan tujuan saya menyertai ahli cawangan bagi membolehkan saya merebut jawatan ketua di cawangan tersebut tetapi semuanya itu adalah anggapan mereka sahaja, hakikatnya belum terlintas dihati saya pun untuk berbuat begitu. Harapan saya setelah tamat pemilihan AJK dan ketua cawangan musim ini, permohonan saya untuk menjadi ahli biasa dicawangan Jementah IV ini tidak akan ditolak lagi.
/ps: kenapa saya tidak semudah Ezam menjadi keahlian UMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
pilihan yang silap....
Post a Comment