Sunday, August 31, 2008

SELAMAT BERPUASA


Ramadhan Al-Mubarak - ماه مبارک رمضان

SAYA MENGUCAPKAN SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA.
biarlah kita berpuasa dengan penuh ketakwaan.Moga-moga puasa kita diberkati dan dirahmati serta kita memperolehi keredaan darinya Insya Allah.

KEMERDEKAAN KE 51


SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 51.

Saya meraikan hari kemerdekaan ini di padang Bandar Segamat.Sejak awal pagi saya keluar rumah dan terus ke padang Segamat melihat pebarisan hari kemerdekaan peringkat daerah.Yang jelas tahun ini agak suram dan muram kelihatannya majlis ini, entah kenapa saya tak pasti. Dalam perjalanan balik kelihatannya agak kurang kereta atau kenderaan yang berada di atas jalan raya mengibarkan jalur Gemilang.Mungkin penghayatan erti kemerdekaan di jiwa masing-masing tidak setebal seperti tahun-tahun yang sudah.Saya tak pasti mengapa keadaan sedemikian boleh terjadi.. kenapa dan mengapa saya tidak dapat mencari jawapan yang sebenarnya..

Wednesday, August 13, 2008

UiTM membuka peluang belajar kepada kaum bukan Bumiputra


Rasa terpanggil menyentuh isu membenarkan pengambilan pelajar bukan bumiputra untuk menjadi pelajar UiTM.Jika isu ini diperbesarkan amatlah merbahaya kepada sebuah negara yang penduduknya dari pelbagai kaum seperti Malaysia ini.Isu begini harapan saya janganlah dipolitikkan.Sebarang perundingan, pandangan dan penyelesaian mengenai isu ini perlulah dibuat dengan cara yang berhemah, cermat dan teliti untuk memastikan keunggulan UiTM sebagai sebuah universiti yang unggul kecemerlangannya tidak dipandang sinis.

Memang ada baiknya UiTM dibuka kepada bukan bumiputra.Setidaknya pelajar dapat melahirkan perpaduan dan memupuk suasana muhibah diantara pelbagai kaum dengan demikian integrasi antara kaum akan terjalin.Persoalannya adakah tiada cara lain untuk memupuk perpaduan antara kaum diantara pelajar UiTM dan kaum-kaum lain di Malaysia ini.Hanya membuka kuota terbuka untuk kaum bukan bumiputra menjadi pelajar di UiTM sajakah baru hubungan anak-anak bumiputra di UiTM sana mengerti kita memerlukan muhibah dan perpaduan kaum. Rasanya ada banyak cara-cara lain dan aktiviti masyarakat yang dianjurkan oleh pelajar-pelajar UiTM dapat memupuk perasaan muhibah dan perpaduan kaum di Malaysia ini.

Pada peringkat awal mungkin kita berpendapat hanya 10 peratus sahaja dibuka untuk bukan bumiputra.Terlalu kecil peratus dan bilangannya.Tapi kalau esok atau lusa mereka yang bukan bumiputra mendesak dan membuat tuntutan penambahan kuota bagaimana?
Akhirnya suatu hari kelak mereka mendesak tuntutan sistem merit diguna pakai untuk membolehkan pelajar-pelajar memasuki UiTM sebagai pelajar.Akibatnya tentulah anak-anak Melayu tak mampu bersaing, dan berakhirlah keunggulan UiTM di mana asal penubuhannya untuk menjulang dan mengangkat serta memertabatkan bumiputra dalam pelajaran.

Kita boleh melihat di kolej-kolej matrikulasi di seluruh Malaysia akibat membuka kuota kepada kaum lain.Pelajar yang cemerlang adalah kaum lain dan kaum bumiputra akhirnya tercicir , mereka tidak mampu bersaing, berakhir dengan keputusan peperiksaan yang lulusnya agak minima dan peluang mereka untuk menempatkan diri di Universiti dalam jurusan yang memerlukan lulusan kecermelangan akedemik amat tipis.



Bagi kepimpinan dikalangan pelajar-pelajar UiTM janganlah mudah melatah bila di sogok dengan isu-isu yang sensitif ini. Tugas anda hanya seorang pelajar, anda ke sana dengan harapan ibu bapa atau keluarga untuk mendapatkan ilmu pelajaran sebaik mungkin yang boleh.Jika anda cemerlang dalam pelajaran anda menjadi kebanggaan semua.Peluang belajar di UiTM eloklah dimunafaatkan sebaik mungkin.Dalam hal ini saya bersependapat dengan su-kj tindak balas secara drastik dengan mengumpulkan kira-kira 5000 pelajar UiTM berarak membantah isu tersebut, boleh memberi kesan jangka panjang yang lebih buruk kepada graduan-graduan UiTM itu sendiri.Perarakan 5000 pelajar itu tidak perlu. Ia hanya sekadar boleh menambah perasaan benci dikalangan kaum-kaum bukan bumiputra kepada kaum bumiputra di negara ini.
Saya bersetuju dengan satu komen yang terdapat dalam satu blog lain, di mana pengirimnya menyatakan bagaimana kelak sekiranya graduan-graduan dari UiTM akan ditolak (reject) permohonan mereka untuk bekerja dengan syarikat-syarikat yang dikuasai oleh bukan bumiputra dimasa depan.
Berfikirlah dengan sematangnya sebelum bertindak untuk kebaikan semua, jangan bertindak secara emosi kerana akhirnya kita dan rakyat berbilang kaum yang akan rugi.

Monday, August 11, 2008

Keahlian UMNO


Dalam seminggu dua ini isu yang hebat dikalangan penduduk Malaysia majoritinya ialah mengenai mesyuarat dan undian serta pencalonan AJK cawangan dan ketua UMNO cawangan seterusnya melantik wakil dan mengundi wakil yang layak menerajui kepimpinan bahagian.Mesyuarat Agung cawangan akan berlangsung sehingga 24 Ogos, manakala peringkat bahagian bermula 9 Oktober hingga 9 November sebelum Perhimpunan Agung Umno diadakan pada 16 hingga 20 Disember ini.

Dalam kehangatan dan kerancakan mana-mana cawangan bermesyuarat, saya tidak terlibat langsung dalam suasana itu.Ini berlaku kerana nama saya tidak tersenarai walau sebagai ahli Umno biasa sekali pun.Seingat saya 3 tahun lalu saya telah berpindah dan menetap di daerah Segamat ini dan menduduki kawasan Jementah IV, di mana cawangan umno di sini adalah cawangan Jementah IV di bawah pimpinan seorang kenalan yang rapat dengan saya juga.Tiga tahun yang lalu ketika mula berpindah di sini saya telah memohon untuk menjadi ahli biasa di cawangan ini juga, tapi ditolak dengan alasan saya adalah ahli umno di cawangan Skudai JB. Tindakan saya seterusnya memohon kebenaran untuk menukar keahlian umno dari Skudai menjadi ahli Jementah IV. Permohonan telah saya salurkan melalui ketua pemuda cawangan tersebut untuk diserahkan kepada ketua cawangannya, selang lima atau enam bulan kemudian saya dimaklumkan bahawa borang permohonan tersebut telah hilang.Tindakan seterusnya saya mengisi borang pertukaran keahlian umno sekali lagi dan kali ini saya hantar permohonan tersebut melalui setiausaha cawangannya dengan disertakan fail supaya nampak jelas dan mudah dicari agar tidak hilang dan tercicir.Malangnya hingga hari ini permohonan saya tidak diproses langsung.Menurut sumber dari rakan-rakan yang boleh dipercayai, borang saya hanya terperap di rumah ketua cawangan sahaja tanpa apa-apa tindakan. Pernah juga kes ini saya suarakan melalui e-mail ke pejabat MB Johor melalui blog nya tapi email saya tidak berbalas.

Saya mohon menyertai UMNO di cawangan Jementah IV ini bukanlah bertujuan dengan penyertaan saya ini untuk berpolitik dan merebut apa-apa jawatan , tetapi untuk merapatkan diri dengan penduduk setempat disamping memupuk semangat permuafakatan diantara penduduk.Walaupun terdengar desas desus mengatakan tujuan saya menyertai ahli cawangan bagi membolehkan saya merebut jawatan ketua di cawangan tersebut tetapi semuanya itu adalah anggapan mereka sahaja, hakikatnya belum terlintas dihati saya pun untuk berbuat begitu. Harapan saya setelah tamat pemilihan AJK dan ketua cawangan musim ini, permohonan saya untuk menjadi ahli biasa dicawangan Jementah IV ini tidak akan ditolak lagi.

/ps: kenapa saya tidak semudah Ezam menjadi keahlian UMNO

Aktiviti Yang Sibuk.

Agak lama saya tak menjenguk laman blog saya ini. Untuk makluman semua seawal bulan ini perjalanan aktiviti saya amat sibuk sehingga tiada kesempatan untuk aktiviti perabadi. Saya ditugaskan ke beberapa tempat yang jauh dari pejabat saya di Segamat. Saya ke Johor Bahru dlm seminggu beberapa kali untuk menjalankan tugas, belum sempat sampai di Segamat saya di arahkan ke Kuala Lumpur pula.Di Kuala Lumpur saya diarahkan ke Johor Bahru pula begitulah sebaliknya.Hingga kenduri arwah keluarga sempena masuk ketibaan bulan Ramadhan yang dibuat oleh keluarga saya pun. saya tak sempat untuk bersama.Kedengaran juga suara-suara sumbang yang merungut tentang saya kerana terlalu mementingkan tugas, tapi hakikatnya tugas yang diarahkan pada saya memang telah menjadikan saya tiada pilihan bahawa saya dikehendaki hadir dalam majlis atau kerja yang dianjurkan olih jabatan. Harapan saya mereka akan memahami apa yang saya lakukan. InsyAllah bulan puasa nanti saya akan usahakan supaya saya tidak akan keluar ke mana-mana supaya saya dapat berpuasa dan sama-sama berterawih dengan keluarga saya di sini...insyAllah . Apa pun semuanya bergantung kepada keadaan, saya hanya mampu merancang.

Bila difikirkan aktiviti kerjaya begitu mencabar, tidak hairanlah jika family kurang berpuashati dengan presentasi saya dalam bergaul dengan masyarakat kerana pokok utamanya tuntutan kerjaya mengambil 2/3 dari hidup saya.Kadang-kadang terfikir juga untuk saya opsyen supaya boleh duduk di rumah dan berelaksasi seadanya. Tapi berapa lama....mesti ada kesan bosan..sebab dah biasa sibuk kan.....itulah kehidupan. Tidak mengenal erti kepuasan. Apa pun berlaku, manusia tetap dengan perangainya yang mudah beralah tapi bersemangat jika telah dikalahkan...!