Monday, May 19, 2008

Majlis Perkahwinan di Kuantan, Pahang.



Saya memenuhi undangan jemputan perkawinan bekas anak murid saya dahulu yang ketika itu menuntut di kolej jururawat JB. Sekarang dia telah menjadi staff nurse di Muar. Ketika saya membuat lawatan di Muar saya terserempak dengannya. Ketika itu dia bagitu berhajat meminta saya hadir dimajlis perkawinannya. Masalahnya majlis perkawinannya dilangsungkan di Kuantan Pahang . aduhhh jauhnya. Saya memujuk suami saya untuk pergi ke majlis di Kuantan itu. Hihihi macam-macam helah dan umpan saya lakukan supaya suami saya setuju untuk pergi kemajlis perkawinan di Kuantan itu. Akhirnya suami saya akur dan bersetuju saya bertolak dari segamat lebih kurang pukul 4.00 petang. Perjalanan melalui Segamat-muazam seterusnya ke Kuantan memakan masa dalam 3 jam juga untuk sampai kerumah pengantin. Sampai di kawasan rumah pengantin saya singgah berjemaah di masjid sana kerana tepat waktu magrib saya sampai di kawasan tersebut. Suami saya sempat berbual-bual dengan imam di masjid kampung itu dan bertanyakan arah ke rumah pengantin. Walau pun telah ditunjukkan arah ke rumah pengantin tetapi saya beberapa kali sesat dan tersilap rumah pengantin yang sebenarnya, mungkin hari telah mula gelap hihi.. Dengan bantuan 2 orang kanak-kanak dikawasan kampung itu saya akhirnya sampailah juga di rumah pengantin tetapi majlis perkawinannya telah selesai pada siangnya. Namun bagitu kedatangan saya disambut dan diberi layanan yang begitu istemewa oleh kedua pengantin gambar perkahwinan Ajurasyam dan keluarganya. Pada Ajura dan syam iaitu mempelai saya ucapkan tahniah kerana telah menjadi pasangan suami-isteri yang sah. Keduanya kelihatan bagitu ceria dan gembira menjadi Raja sehari. Bertuah sekali Ajura yang comel mendapat suami se-hansome syam. Hihihihi semoga berbahagia keduanya dunia dan akhirat.

gambar perkahwinan Ajurasyam
Amboi gembiranya pasangan pengantin.Macam budak kecik berdukung.

No comments: