PROFESSION KEJURURAWATAN. i was working as nurse in 80's and 15 years later i became nurse tutor and lecturer for nurses in Johor Bahru. After 5 years, i moved to Segamat Community College (Kolej Jururawat Masyarakat Segamat) and do my futher studies as well.
Thursday, May 22, 2008
Balik Kolej
Hari ini merupakan hari pertama sejak beberapa minggu saya mula bertugas di Kolej Segamat. Rasa janggal pulak dah 2 minggu keluar duduk dihotel jer.Sebelum ni di KL seperti yang saya jelaskan Seterusnya diBatu Pahat 3 hari. Keadaan di sini agak sibuk gak. Jalan pun banyak sehala, sampai sesat baghat..tunjuk tempat lain tuju tempat lain. Arahan tak jelas, orang Batu Pahat ni ada yang tak tahu tentang jalan-jalan di tempat mereka pun. Setelah 2 jam berpusing disekitar bandar tempat yang dituju baru ditemui. Itupun dengan bantuan dari Pusat Kesihatan terdekat. Mencari KJM Batu Pahat, macam cari emas. Sebab tempat telah beralih arah. Jika dulu di Hospital BP dan Parit Raja tapi sekarang telah berpindah dan menyewa bangunan kilang SHARP, alahai! katanya untuk sementara. Nak buat bangunan baru yang lagi canggih tapi agaknya mau 3-5 tahun lagi. Jadi, kenalah menyewa kut!
Kami di tempatkan di Hotel Katerina. Nampak canggih tapi kemudahan asasi bilik agak terhad. Internet dan Astro tidak disediakan. Tempat berehat dan santai juga tidak kelihatan, oleh itu kami memilih untuk 'search the town in evening'! Pasaraya The Store telah pun diisytihar muflis, jadi telah ditubuhkan sebuah lagi di Summit pula. Rakan lain kurang minat untuk 'explore' BP ni, tapi saya rasa BP berkembang secara 'multiple' di semua sudut.
Sebelum balik, sempat saya merasa dan membawa pulang bariani Md Syah yang dikatakan amat popular. Pengalaman di BP amat memenatkan kerana cuaca yang agak terik tetapi menyeronokkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment