Monday, May 26, 2008

Ticket ! oh ticket !


I received a letter which requires me to be outstation for a week in KL. I’ll be responsible for marking examination papers. Of course, I’ll be marking for the nursing student and grade them as according to their performance in finals.

During the day, I should have been on ride to reach KL before 6.00 p.m.

However, the unfortunate events start from here whereby my husband and I went to Segamat Bus Station to get ticket to KL. All stations were actually putting the “SOLD OUT TICKET” and you know what it means, don’t you? I understand under this circumstance that during school holidays, there’re probably didn’t expect the ticket sold out so soon. It was only 10 in the Morning. By then, there’s train station near the Bus Station. I was totally shocked because the ticket too was sold out. It’s not my luck probably? Or shall I say, I’m late? ..

We turned back to home and my husband decided to send me off to Malacca central. On the way to Malacca, we dropped in Tangkak to get ticket, if there’s any. It must be a busy day, I thought, when I was informed by the people in charge that there is no more ticket left. The ticket for next day and another day were also sold off today.

Last chance, we’re heading to Malacca Central. The only hope left because my husband has to manage his business and unable to send me to KL. Furthermore, I’m not driving because I’ll be busy marking the papers all day long in the hotel with others tutor too. I guess I won’t have time for looking around or visit KL this time. Ah, I’ve feel the exhaustion.

After asking for the available in every counter they have in Malacca Central…Finally! ONE! Only one has ticket to KL and it’ll move by 6.00p.m. Never mind, the meeting starts at 8.00p.m. and I’ll definitely will able to make it on time. Thank god for the last ticket.

Thursday, May 22, 2008

Balik Kolej


Hari ini merupakan hari pertama sejak beberapa minggu saya mula bertugas di Kolej Segamat. Rasa janggal pulak dah 2 minggu keluar duduk dihotel jer.Sebelum ni di KL seperti yang saya jelaskan Seterusnya diBatu Pahat 3 hari. Keadaan di sini agak sibuk gak. Jalan pun banyak sehala, sampai sesat baghat..tunjuk tempat lain tuju tempat lain. Arahan tak jelas, orang Batu Pahat ni ada yang tak tahu tentang jalan-jalan di tempat mereka pun. Setelah 2 jam berpusing disekitar bandar tempat yang dituju baru ditemui. Itupun dengan bantuan dari Pusat Kesihatan terdekat. Mencari KJM Batu Pahat, macam cari emas. Sebab tempat telah beralih arah. Jika dulu di Hospital BP dan Parit Raja tapi sekarang telah berpindah dan menyewa bangunan kilang SHARP, alahai! katanya untuk sementara. Nak buat bangunan baru yang lagi canggih tapi agaknya mau 3-5 tahun lagi. Jadi, kenalah menyewa kut!

Kami di tempatkan di Hotel Katerina. Nampak canggih tapi kemudahan asasi bilik agak terhad. Internet dan Astro tidak disediakan. Tempat berehat dan santai juga tidak kelihatan, oleh itu kami memilih untuk 'search the town in evening'! Pasaraya The Store telah pun diisytihar muflis, jadi telah ditubuhkan sebuah lagi di Summit pula. Rakan lain kurang minat untuk 'explore' BP ni, tapi saya rasa BP berkembang secara 'multiple' di semua sudut.

Sebelum balik, sempat saya merasa dan membawa pulang bariani Md Syah yang dikatakan amat popular. Pengalaman di BP amat memenatkan kerana cuaca yang agak terik tetapi menyeronokkan.

Monday, May 19, 2008

Majlis Perkahwinan di Kuantan, Pahang.



Saya memenuhi undangan jemputan perkawinan bekas anak murid saya dahulu yang ketika itu menuntut di kolej jururawat JB. Sekarang dia telah menjadi staff nurse di Muar. Ketika saya membuat lawatan di Muar saya terserempak dengannya. Ketika itu dia bagitu berhajat meminta saya hadir dimajlis perkawinannya. Masalahnya majlis perkawinannya dilangsungkan di Kuantan Pahang . aduhhh jauhnya. Saya memujuk suami saya untuk pergi ke majlis di Kuantan itu. Hihihi macam-macam helah dan umpan saya lakukan supaya suami saya setuju untuk pergi kemajlis perkawinan di Kuantan itu. Akhirnya suami saya akur dan bersetuju saya bertolak dari segamat lebih kurang pukul 4.00 petang. Perjalanan melalui Segamat-muazam seterusnya ke Kuantan memakan masa dalam 3 jam juga untuk sampai kerumah pengantin. Sampai di kawasan rumah pengantin saya singgah berjemaah di masjid sana kerana tepat waktu magrib saya sampai di kawasan tersebut. Suami saya sempat berbual-bual dengan imam di masjid kampung itu dan bertanyakan arah ke rumah pengantin. Walau pun telah ditunjukkan arah ke rumah pengantin tetapi saya beberapa kali sesat dan tersilap rumah pengantin yang sebenarnya, mungkin hari telah mula gelap hihi.. Dengan bantuan 2 orang kanak-kanak dikawasan kampung itu saya akhirnya sampailah juga di rumah pengantin tetapi majlis perkawinannya telah selesai pada siangnya. Namun bagitu kedatangan saya disambut dan diberi layanan yang begitu istemewa oleh kedua pengantin gambar perkahwinan Ajurasyam dan keluarganya. Pada Ajura dan syam iaitu mempelai saya ucapkan tahniah kerana telah menjadi pasangan suami-isteri yang sah. Keduanya kelihatan bagitu ceria dan gembira menjadi Raja sehari. Bertuah sekali Ajura yang comel mendapat suami se-hansome syam. Hihihihi semoga berbahagia keduanya dunia dan akhirat.

gambar perkahwinan Ajurasyam
Amboi gembiranya pasangan pengantin.Macam budak kecik berdukung.

Majlis Perkahwinan di Segamat



Majlis perkahwinan.
Dalam kesebukkan masa seharian dengan tugas di kolej dan tugas harian , saya mencuri masa untuk memenuhi undangan jemputan majlis perkahwinan. Hari ahad 18/5/2008 boleh dikatakan saya agak banyak menerima jemputan undangan untuk menghadiri majlis kenduri perkahwinan, Saya usahakan terdaya mungkin untuk memenuhi undangan majlis-majlis perkahwinan itu .Saya hadiri di majlis kawasan yang terdekat dengan kawasan rumah saya dahulu..Bermula dari kawasan Jementah seteruanya ke Segamat rumah rakan sekerja saya Puan Sharifah. Wow !! majlis yang bagitu meriah sekali di rumah Puan Sharifah ini . Saya dimaklumkan anak perempuannya yang sulung melangsungkan perkahwinan patutlah meriah sakan. Tema warna nya berwarna biru DiRaja. Dari mempelainya , ibu bapa pengantin , warna kemah dan segalanya bolih dikatakan berwarna birui. Pakaian pengantin bagitu anggun sekali dan kelihatannya mempelai ini wajahnya bagitu berseri. Tahniah diucapkan kepada Puan Sharifah kerana menerima menantu..Moga-moga kedua mempelai kekal dan bahgia hingga keakhir hayat.

Puan Sharifah ketika dimajlis perkahwinan anak perempuannya

Tuesday, May 13, 2008

Conference Malaysian Nursing Associations (MNAs)



Hari ini 12hb.mei 2008 adalah Hari Jururawat .Kali ini majlis dibuat di tempat yang berprestij iaitu di hotel Sunway Petaling Jaya, Saya mengucapkan selamat menyambut hari jururawat kepada jururawat-jururawat yang membaca blog saya ini. Semoga semua jururawat yang berada di Malaysia ini bertambah bersemangat untuk memberi khidmat kepada masayarakat , bangsa dan negara dengan mutu perkhidmatan yang cemerlang.Pekerjaan kita merupakan satu amanah dan juga ibadat disisi agama insya-Allah pekerjaan kita dirahmati dan mendapat keredaan darinya.

Saya menghadiri Conference Malaysian Nurses Association di Hotel Sunway Pyramid, Petaling Jaya. Dengan pembayaran pendaftaran RM 150.00. ketika melangkah ke dalam dewan conference, saya begitu teruja melihat ribuan peserta yang menghadiri majlis tersebut. Semua peserta yang diundang itu datang daripada pelbagai kategori mewakili negeri masing-masing. Saya melihat mereka terdiri daripada semua kategori jururawat iaitu Student Nurse, Jururawat Masyarakat, Staff Nurse, Sister,dan Matron yang begitu segak dan bergaya dengan uniform mereka. Jururawat lelaki juga kelihatan di dalam majlis ini tetapi tidaklah begitu ramai, mereka mewakili kumpulan yang agak kecil. Oleh kerana jawatan saya tidak dikategorikan dalam jawatan yang memakai pakaian uniform, jadi saya hadir dengan memakai pakaian mufty – baju kurung sahaja. Tapi ok lah hihiihi walaupun orang tak menyedari kehadiran saya tu..

Ucapan yang diberikan oleh penceramah penceramah amat bermakna dan bagitu padat sekali mengenai dunia dan peranan jururawat masa kini.Kemudahan ceramah menggunakan multi media dan computer serta layar skrin memudahkan peserta mengikuti conference dengan selesa .Tahniah kepada para penceramah!! Cuma ada diantara penceramah seolah-olah membaca skrip dari awal hingga akhir apa yang dipaparkan dilayar skrin computer…terdengar kata kata nakal dari peserta cara penyampaian macam dalam kelas boleh mengantukkan, Saya sekadar tersenyum seolah-olah mengakui kebenaran kata kata nakal itu hihihi.Saya Cuma mengingatkan diri saya jika ditakdirkan saya di atas pentas, saya perlulah melengkapkan diri dari segi mental dan saikologi untuk menarik perhatian peserta menumpukan apa yang saya perkatakan . Saya tidaklah mahu apa yang saya terangkan menjadi macam teks khutbah Jumaat dibaca olih imam di atas mimbar tapi kebanyakan yang mendengar nya melelapkan mata hihihiihih..

Pukul 1 tengah hari,peserta dihidangkan jamuan makan tengah hari. Ketika menikmati juadah, saya terfikir mengapakah peserta-peserta diasingkan mengikut negeri-negeri yang kelihatannya seolah-olah peserta ini berpuak mengikut daerah dan kenegerian masing-masing. Saya menikmati juadah makan tengah hari di celah-celah sister dan matron yang saya tidak kenali, memang saya sengaja duduk di antara mereka. Saya cuba tersenyum dan berbual dengan mereka.tetapi kelihatannya seolah-olah saya berbual sendirian. Mungkin kehadiran saya yang tidak memakai pakaian uniform janggal bagi mereka dan mereka hanya berkata sepatah dua sahaja.Makanan yang disediakan saya jamah sekadar mengalas perut sahaja.

Petang dalam pukul 2.30 majlis disambung semula, saya mendengar pembentangan ceramah untuk yang seterusnya. Sebelum majlis tamat saya sempat bertemu kenalan lama dan bermacam-macam cerita diri mereka dan keluarga serta kisah silam menjadi topic perbualan . Saya meninggalkan majlis dalam pukul 5.30 petang balik ke penginapan hotel yang telah saya tempah.

Bersama rakan sekerja dari Segamat. Gambar-gambar akan saya editkan kemudian sebab saya masih di KL lagi,


Thursday, May 8, 2008

Gambar-gambar lawatan di Melaka


Bersantai di Pantai semuanya seronok ramai yang takut air untuk mandi.GAMBAR GAMBAR KENANGAN
Dah Jadi Warga Tua, Tengah makan tapi saya bukan penghuni di sini!! GAMBAR GAMBAR KENANGAN



Gambar dirakam sebelum pergi bersantai Ke Pantai GAMBAR GAMBAR KENANGAN

Tarikh 7 hb mei 2008 kolej jururawat masyarakat mengadakan lawatan atau ziarah di rumah orang Tua Cheng, Melaka. Tujuan lawatan dibuat supaya pelajar dapat mengaplikasikan teori ke praktis disamping dapat pendedahan terhadap penjagaan warga tua lebih dekat .Di paparkan gambar-gambar lawatan ketika diMelaka di sini. Untuk melihat album ketika lawatan Bloggers Klik garisan GAMBAR GAMBAR KENANGAN

Kursus PROSTAR di pusat rekreasi Felcra Tebing Tinggi




Kursus PROSTAR di pusat rekreasi Felcra Tebing Tinggi




Telah diadakan untuk Pelajar pelajar dari kolej jururawat masyarakat segamat ambilan Julai 2006 dan Julai 2007. Mereka telah mendaftar pada 2 Mei 2008 pada pukul 3 petang . Pada hari pendaftaran tersebut pelatih pelatih diberikan kunci bilik masing masing. Taklimat telah diberikan oleh pihak urusetia program berkaitan perjalanan kursus berkenaan. Pelatih pelatih dikehendaki memakai pakaian sopan dan kemas semasa menjalani sesi teori dan berpakaian sukan untuk sesi rekreasi .
Tujuan diadakan program ini adalah untuk memberi pengetahuan kepada para pelatih tentang HIV dan AIDS. Sesi pagi dimulakan dengan sembahyang subuh dan kuliah subuh. Diikuti dengan senam robik dan ceramah bermula pada 8.30 pagi. Perasmian dan ceramah pertama telah diberikan oleh Pegawai Kanan Kesihatan Segamat Dr Zaharah Mohd Salleh. Kursus ini juga telah disertai oleh pelajar pelajar perubatan dari Monash University, Sunway cawangan Malaysia. Kursus dijalankan dalam dwibahasa, memandangkan pelajar pelajar perubatan tersebut ada yang tidak memahami Bahasa Melayu walaupun mereka berwarganegarakan Malaysia! Pada mulanya, kursus terganggu akibat keadaan ini tetapi dapat diselesaikan oleh pasukan fasilitator yang serba cekap dan canggih tu!
Aktiviti yang dijalankan amat menyeronokkan para pelatih kerana mereka boleh bekerjasama sesame mereka dan dapat menanamkan sifat saling percaya mempercayai antara sesama lain. Kursus berakhir pada 5 Mei 2008. Tahniah! Kerana dapat menjalani dan menamatkan kursus PROSTAR ini dengan cemerlang dan jayanya!!!!