Monday, December 6, 2010

Jawatan:Jururawat
Gred:U29
Kumpulan:Sokongan
Kem/Jab:Kementerian Kesihatan
Jadual Gaji:
P1T1 RM1160.69 - P1T27 RM3057.39
P2T1 RM1231.78 - P2T27 RM3279.74
P3T1 RM1305.89 - P3T27 RM3476.28

Syarat Lantikan:
i)Diploma Kejururawatan daripada Kolej Kejururawatan Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan minima ialah pada Gred U29: P1T6 RM1493.44]
ii)lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Jururawat dan Jururawat Masyarakat adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan ke jawatan Jururawat Gred U29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

i)mempunyai kelayakan di atas; dan
ii)berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
Deskripsi Tugas:
1)Tugas-tugas Jururawat Kesihatan
1.1)Perawatan Kesihatan Keluarga
i)Perkhidmatan kesihatan ibu dan kanak-kanak.
ii)Perkhidmatan lawatan ke rumah.
iii)Perkhidmatan kesihatan di sekolah.
iv)Perkhidmatan perancang keluarga.
v)Pendidikan kesihatan.
1.2)Latihan
Membantu dalam mengajar pelbagai kategori pelatih separa perubatan semasa latihan mereka.
1.3)Menyelia
i)Menyelia pekerja-pekerja 'Auxilliary' dan kakitangan kesihatan lain dalam kawasan operasi.
ii)Menyelia bidan kampung dan bidan swasta berdaftar.
1.4)Pentadbiran
i)Mentadbir klinik.
ii)Merancang dan menjalankan lawatan ke rumah.
iii)Menyimpan rekod-rekod dan reten perkhidmatan kesihatan keluarga di dalam kawasan operasi.
iv)Membantu dalam penilaian kakitangan bawahan.
2)Tugas-tugas Jururawat Di Hospital
2.1)Penjagaan Pesakit
i)Mengurus dan melayan makan minum pesakit.
ii)Mengurus dan menjaga kebersihan pesakit.
iii)Penjagaan dan merawat ibu selepas bersalin.
iv)Penjagaan dan merawat bayi selepas kelahiran.
2.2)Membantu Doktor dalam menjalankan tugas-tugas perawatan.
2.3)Menyelia Penolong Jururawat, Bidan dan kakitangan bawahan.
2.4)Membantu Ketua Jururawat dalam pentadbiran wad dan penilaian pelatih-pelatih.
2.5)Rawatan-rawatan lain mengikut arahan.

Jururawat Masyarakat

Jawatan : Jururawat Masyarakat
Gred : U19
Kumpulan : Sokongan
Kem./Jab. : Kementerian Kesihatan
Jadual Gaji :

P1T1 RM827.94 - P1T24 RM2177.15
P2T1 RM880.88 - P2T24 RM2298.18
P3T1 RM935.33 - P3T24 RM2423.63

Syarat Lantikan:

i)Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
ii)tamat dengan jayanya kursus latihan yang ditetapkan dan mendapat Sijil Jururawat Masyarakat yang diiktiraf oleh Kerajaan serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia dan Lembaga Bidan Malaysia.
[Gaji permulaan ialah pada Gred U19: P1T7 RM1136.52]; dan
iii)Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Jururawat dan Atendan Kesihatan adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan ke jawatan Jururawat Masyarakat Gred U19, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan;
i) mempunyai kelayakan di atas; dan
ii)berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

Deskripsi Tugas:

1)Tugas Jururawat Masyarakat di Rumah Bidan Kerajaan
Klinik Desa/Pusat Kesihatan
1.1)Mengetuai Rumah Bidan Kerajaan/Klinik Desa (bagi Jururawat yang ditempatkan di Rumah Bidan Kerajaan atau Klinik Desa).
1.2)Memberi perkhidmatan kesihatan ibu mengandung.
1.3)Memberi perkhidmatan kesihatan bayi/kanak-kanak.
1.4)Memberi perkhidmatan rawatan ke rumah.
1.5)Memberi perkhidmatan perancangan keluarga.
1.6)Memberi pendidikan kesihatan.
1.7)Menyambut kelahiran bayi.
2)Tugas Jururawat Masyarakat di Wad Bersalin/Hospital
2.1)Membantu menyambut kelahiran bayi.
2.2)Membantu tugas 'nursing-care'
i)Mengemas katil pesakit.
ii)Menjaga pesakit.
iii)Merawat pesakit.
iv)Membuat pemeriksaan dan menimbang pesakit.
2.3)Memberi perkhidmatan kesihatan ibu mengandung.
2.4)Memberi perkhidmatan kesihatan bayi.
3)Latihan
3.1)Membantu memberi orientasi kepada Jururawat Masyarakat yang baru lulus.
3.2)Menyertai program latihan Jururawat Masyarakat.
4)Menyelia
4.1)Menyelia Bidan Kerajaan dan Jururawat Masyarakat yang baru lulus.
5)Pentadbiran
5.1)Bertanggungjawab terhadap organisasi dan pentadbiran klinik.
5.2)Membuat pesanan ubat-ubat, peralatan bekalan dan menyelenggara inventori.
5.3)Bertanggungjawab terhadap kebersihan dan penyelenggaraan klinik.


Friday, December 3, 2010

Majlis Konvensyen Kokirukulum ILKKM

Hari ini juma'at 3hb.Nov 2010 saya bertolak ke Melaka menghadiri Konvensyen Kokurikulum ILKKM yang berkaitan dengan pekerjaan saya. Pagi saya bertugas sehingga pukul 10.00 pagi seterusnya menaiki kenderaan Jabatan bertolak ke Melaka. Nampaknya cuti hujung minggu bersama anak dan suami dikorbankan lagi...nak buat macam mana? dah namanya tugas, berkhidmat untuk negara katakan. Saya bercadang pergi berkelah pada hujung minggu akan datang ke Rompin Pahang bersama-sama student saya yang baru selesai peperiksaan akhir mereka. Insya Allah jika diizinkan saya membawa keluarga saya sekali. Keluarga kecil termasuk saya 3 orang jer ...ok lah tu mudah diuruskan. Harap-harap saya tak keluar ke mana-mana yang melibatkan diri dengan tugas. Anak saya yang cuti semester sepanjang enam minggu ini pun belum saya bawanya berjalan atau bershopping lagi. Istemewanya mereka ini tak merungut dan sentiasa faham dengan tugas-tugas saya yang sentiasa sibuk sepanjang tahun.

Malam ini saya di Melaka Negeri yang Penuh Sejarah.


Sunday, January 24, 2010

JANGAN TAK BACA



mempromosikan:-
1. Taman Bahagia-sastera seks klasik arab

2. World of DIRTY JOKES







Salam bahagia untuk semua pembaca yang dihormati,Kitab Taman Bahagia – Sastera Seks Klasik Arab telah dikarang oleh seorang ulamak besar, Sheikh Nefzawi sekitar tahun 925 Hijrah, di Tunisia.Kitab ...


Bagaimanakah caranya untuk anda mendapatkan e-book ini?
Sila ikuti 2 langkah berikut.

1. Buat pembayaran ke dalam akaun;CIMB : 0112-0012618-52-1Sharinah binti Ismail.

Harga e-book, World of Dirty Jokes 1 - RM10, World of Dirty Jokes 2 - RM10, World of Dirty Jokes 3 - RM10, kitab Taman Bahagia - RM10.

Kemudian, sila isikan form yang telah disediakan dan tekan submit. (sila scroll down).

Nota penulis. Benarkan saya menyemak pembayaran anda dalam masa 1-2 hari setelah form dihantar. E-book yang anda telah pesan akan dikirim melalui e-mel selepas tempoh tersebut.

Jika terdapat sebarang pertanyaan, hubungi saya di 0197860665 - MOH DAT BIN HAJI MOLOK Review budak reporter!

Novel Rindu & Air Mata Di Ktzi'ot dalam Utusan Malaysia



Saturday, January 16, 2010

GERHANA

Sunat Gerhana atau juga dikenali sebagai solat sunat Kusuf atau Solat Khusuf merupakan solat yang didirikan sewaktu terjadi gerhana bulan atau matahari.
Definisi Kusuf dan Khusuf
Kusuf dari segi bahasa bermaksud terlindungnya cahaya matahari samada terlindungnya itu dalam bentuk juzu'nya atau keseluruhannya. Khusuf pula mutlak digunakan untuk lindungan cahaya bulan secara juzu' atau pun keseluruhannya. Ramai ulama' yang menyatakan bahawa kedua-dua kalimah itu boleh digunakan untuk kedua-duanya sekali samada gerhana bulan atau pun matahari.
Hukum Solat Sunat Gerhana

Hukumnya adalah sunat muakkadah atau pun sunat yang digalakkan.
Ini berdasarkan daripada hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang bermakna : Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tanda-tanda (kebesaran) Allah tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya kerana kematiaan seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya. Maka apabila kamu melihat perkara itu maka sembahyanglah dan berdoalah sehingga kembali terang(hilang gerhana) apa dengan kamu.
Hadis ini keluar daripada mulut Rasulullah pada hari kematian anak lelakinya Ibrahim di mana ramai orang mendakwa bahawa kematian Ibrahim inilah yang menyebabkan matahari bersedih sehingga berlakunya gerhana. Mengikut kepercayaan mereka ketika jahiliah di mana apabila berlakunya gerhana matahari atau pun bulan maka mereka beranggapan bahawa berlakunya sesuatu gerhana disebabkan kematian seseorang yang besar dan mulia.

Rasulullah telah menyangkal kefahaman karut ini lalu bersabda sebagaimana tersebut. Begitulah juga dengan kebanyakan kita hari ini yang mana mereka bukan bersegera untuk solat gerhana apabila berlakunya sesuatu gerhana tetapi sebaliknya mencari sesuatu untuk memukul pangkal-pangkal pokok buahan supaya berbuah lebat. Perkara ini jika melibatkan kepercayaan yang berlawan dengan kekuasaan Allah dalam membuat sesuatu boleh membawa kepada syirik.
Waktu Solat Sunat Gerhana

Waktunya bermula ketika berlakunya gerhana dan berakhir dengan hilangnya gerhana tersebut dan keadaan menjadi seperti sedia kala. Begitu juga tidak diharuskan menambah ruku’ menjadi tiga bagi satu rakaat sekalipun gerhana berlaku panjang, atau memendekkan ruku’ menjadi satu bagi satu rakaat sekalipun gerhana sudah berlalu. Jika gerhana berlalu dan hilang sedang kita masih dalam keadaan bersolat maka dikira sah. Jika gerhana berlaku pada waktu yang ditegah padanya kita bersembahyang, maka dengan sebab gerhana kita disunatkan bersembahyang dan makruh pula meninggalkannya jika kita melihat fenomena gerhana. Ini adalah pendapat di sisi mazhab kita.

Cara solat


Gerhana Penuh Matahari
Solat gerhana ini disunatkan untuk ditunaikan secara berjemaah dengan diseru sebelum mendirikannya : as-Solatu Jaami'ah!! (Solat berjemaah)
Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Bulan
أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى
Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”
Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Matahari
أُصَلِّى سُنَّةَ الْكُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى
Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Taala.”
Niatnya : "Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat mengikut imam kerana Allah Ta'ala" - (Jika berimam) ataupun "Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Ta'ala" - (Jika solat seorang diri)
Solat gerhana ini boleh dilakukan secara berseorang atau secara berjemaah dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah. Solat Gerhana mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah, 4 rukuk, dan 4 sujud. Iaitu seperti berikut :
Boleh dilakukan di mana-mana samada di rumah, musolla, surau atau masjid. Walau bagaimanapun yang afdhal ialah masjid yang didirikan Jumaat.
i. Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Matahari :
أُصَلِّى سُنَّةَ الكُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Taala.”
ii. Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Bulan
أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى
Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”
i. Solat gerhana dilakukan sekurang-kurangnya 2 rakaat seperti solat sunat biasa. Ia adalah yang sekurang-kurangnya. Yang akmalnya dilakukan dengan dua kali ruku’ dan 2 kali qiyam, pada tiap-tiap satu rakaat dengan tidak dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat.
ii. Yang terlebih akmal ialah dengan 2 rakaat, dengan 2 ruku dan qiyam bagi tiap-tiap satu rakaat dengan dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat.
Kaifiatnya adalah seperti berikut:

Berdasarkan hadis :

عن عائشة نحو حديث ابن عباس وقالت: أَنَّ رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم خَسَفَتِ الشَّمْسُ قَامَ فَكَبَّرَ وَقَرَأَ قِرَاءَةً طَوِيلَةً ثُمَّ رَكَعَ رُكُوعًا طَوِيلاً ثُمَّ رَفُعَ رَأْسُهُُ فَقَالَ سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَهُ وَقَاَم كَمَا هُوَ نَقَرَ قِرَاءَةً طَوِيلَةً وَهِىَ أَدْنى مِنَ القِرَاءَةِ الأُولَى ثُمَّ رَكَعَ رُكُوعًا طَوِيلاً وَهِىَ أَدْنَى مِنَ الرَّكْعَةِ الأُولَى ثُمَّ سَجَدَ سُجُودًا طَوِيلاً ثُمَّ فَعَلَ ِفي الرَّكْعَةِ الآخَِرةِ مِثْلَ ذلِكَ ثُمَّ سَلَّمَ وَقَدْ تَجَلَّتِ الشَّمْسُ فَخَطَبَ النَّاسِ فَقَالَ ِ في كُسُوفِ الشَّمْسِ وَالقَمَرِ إِنَّهُمَا آيَتَانِ مِنْ آياَتِ اللهِ َلا يَخْسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وََلا لحَِيَاتِهَ فَإِذَا رَأَيْتُمُوهُمَا فَافْزَعُوا إِلَى الصَّلاَةِ.

Maksud: Dari Aisyah r.a. berkata: “Sesungguhnya Rasulullah SAW berdiri (di masjid) pada hari terjadi gerhana matahari, lalu baginda mengadakan solat gerhana dan membaca bacaan yang panjang (seukur seratus ayat surah al-Baqarah), kemudian beliau mengangkat kepala dan mengucapkan Sami’ Allahhu Liman Hamidah, dan beliau berdiri lalu membaca bacaan yang panjang, sedang bacaan (dalam berdiri yang kedua) ini sedikit berkurang daripada bacaan yang pertama, kemudian beliau ruku’ dengan ruku’ yang panjang, sedang ruku’ ini berkurang dari ruku’ pertama, kemudian beliau sujud dengan sujud yang panjang (bertasbih seukur bacaan seratus ayat), kemudian beliau bertindak sepadan demikian (rakaat pertama) itu pada rakaat yang akhir (kedua), Selanjutnya beliau mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu baginda berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana) maka bersyukurlah kepada solat gerhana”

(Riwayat Bukhari 4-hlm: 358)

عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرو بنِ العَاصِ أَنَّهُ قَالَ: لَمَّا انْكَسَفَتِ الشَّمْسُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ نُودِىَ بِ ( الصَّلاَةُ جَامِعَةً ) فَرَكـَعَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ رَكْعَتَينِ فِى سَجْدَةٍ. ثُمَّ قَامَ فَرَكـَعَ رَكْعَتَينِ فِى سَجْدَةٍ. ثُمَّ جُلِّىَ عَنِ الشَّمْسِ. فَقَالَتْ عَائشَةُ: مَا رَكَعْتُ رُكُوعًا قَطَُّ. وَلاَ سَجَدتُ سُجُودًا قَطَُّ. كَانَ اَطْوَلَ مِنْهُ.

Maksud: Dari Abdullah bin Amr bin Al-Ash, beliau berkata: “Tatkala matahari gerhana pada masa Rasulullah SAW, maka diserukan : ‘as solatu jami`ah’. Lalu Rasulullah SAW melakukan dua kali ruku’ dalam satu rakaat. Kemudian berdiri lagi dan melakukan dua kali ruku’ dalam satu rakaat. Kemudian matahari kembali muncul. Aisyah berkata: “Aku sama sekali tidak pernah melakukan ruku’ ataupun sujud yang lebih lama daripada itu”

(Sahih Muslim 2-hlm: 81) Secara ringkasnya seperti berikut
: A Rakaat Pertama
1. Takbiratul Ihram.
2. Membaca doa iftitah.
3. Membaca Ta`awudz.
( تعاوز )4. Membaca surah al-Fatihah.
5. Membaca mana-mana surah,yang terlebih afdhal surah ABaqarah.
6. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira membaca 100 ayat.
7. Iktidal (AllahuAkbar)serta membaca surah al-Fatihah dan membaca ali-Imran atau mana-mana surah.
8. Ruku dangan membaca tasbih kira-kira membaca 90 ayat.
9. Iktidal.(SamiAllahulimanHamidah)
10.Sujud dan membaca tasbih.
11.Duduk antara 2 sujud.
12.Sujud kembali.
13.Berdiri ke rakaat kedua.

B. Rakaat Kedua
1. Membaca surah al-Fatihah.
2. Membaca surah al-Nisa’ atau mana-mana surah.
3. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira membaca 70 ayat semasa ruku’
.4. Iktidal (AllahuAkbar) serta membaca surah al-Fatihah dan membaca surah Al-Maidah atau mana-mana surah.
5. Ruku dangan membaca tasbih kira-kira membaca 50 ayat
.6. Iktidal.(SamiAllahulimanHamidah)
7. Sujud dan membaca tasbih.
8. Duduk antara 2 sujud.
9. Sujud kembali.
10.Membaca tasyahud akhir.11.Memberi salam.

Tiada iqamah tapi cukup sekadar ucapan : ( الصِّلاَةُ جَامِعَةً )

Mana-mana surah hendaklan mengikut susunan surah dari Al-Quran
Sunat menyaringkan suara pada bacaan Fatihah dan surah ketika solat sunat gerhana bulan dan perlahan ketika solat sunat gerhana matahari.

Disunatkan mandi untuk solat gerhana, seperti hendak solat Jumaat.

Khutbah Solat Gerhana :

Dalil dari Aisyah r.a. berkata :
ثم سلم وقد تجلت الشمس فخطب الناس فقال في كسوف الشمس والقمر إنهما آيتان من آيات الله لا يخسفان لموت أحد ولا لحياته فإذا رأيتموهما فافزعوا إلى الصلاة.
Ertinya : Selanjutnya beliau mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu baginda berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana) maka bertandanglah kepada solat gerhana”

(Riwayat Bukhari 4-hlm: 358)

i. Sunat membaca khutbah selepas solat sunat, walaupun gerhana sudah hilang.

ii. Khutbahnya seperti khutbah hari raya tetapi tidak sunat bertakbir.

iii. Isi khutbah hendaklah menyuruh para jemaah bertaubat, bersedekah, memerdekakan hamba, berpuasa, mengingati manusia supaya tidak lalai, jangan leka dengan dunia dan sebagainya.

iv. Jika solat itu hanya terdiri dari wanita semata-mata, maka tidak perlu khutbah.

Secara umumnya bila pertembungan ini berlaku maka kaedahnya didahulukan yang paling ringan.
Sekiranya sama nilainya, maka didahulukan yang paling kuat.

Contoh :
i. Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan solat jenazah maka didahulukan solat jenazah. ii. Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan solat fardhu di awal waktu maka didahulukan solat gerhana kerana dibimbangi matahari atau bulan kembali cerah. Tetapi jika berlaku pertembungan itu diakhir waktu solat fardhu maka didahulukan solat fardhu. iii. Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan witir didahulukan solat gerhana.

Matla’ Badrain. Abu Ishaq Bin Ali Bin Yusuf al-Fairuzabadi, Al-Muhazzab, Juz 1, terj : Ali Achmad, Muhammad Yasin, Abdullah & Huda, Perniagaan Jahabersa. Perniagaan Jahabersa. Ust Hj. Fadzil Hj. Ahmad. Hidup Ibadat , Pusat Pemasaran Motivasi, K.L Dr. Abdul Karim Zaidan, Ensiklopedia Hukum wanita dan keluarga, Kajian mendalam masalah wanita & keluarga dalam perspektif syariat Islam.
Pustaka Dini.
atau

Rakaat pertama
1. Niat solat Gerhana, Takbir
2. Baca Surah Al-Fatihah dan surah
3. Rukuk
4. I'tidal
5. Baca Al-Fatihah dan surah
6. Rukuk.
7. I'tidal.
8. Sujud dan seterusnya seperti solat biasa.
Rakaat kedua
1. Niat solat Gerhana, Takbir.
2. Baca Al-Fatihah dan surah.
3. Rukuk.
4. I'tidal,
5. Baca Al-Fatihah dan surah.
6. Rukuk.
7. I'tidal.
8. Sujud
9. Tahiyyat Akhir

Monday, January 4, 2010

Jururawat Malaysia ke arah Mana?





Baru-baru ini aku ade terbaca tentang perbincangan satu isu berkenaan degree nurse di Forum Paramedik (boleh link melalui alamat ini bagi sesiapa yang berminat nak baca; http://paramedik.bbfr.net/berita-terkini-warga-jururawat-f79/jururawat-u41-tiada-fungsi-t5122-30.htm). Alhamdulillah, daripada penulisan dan perbincangan yang dibuat, masih terdapat sesetengah pihak dalam bidang kesihatan yang memahami tentang permasalahan dan memberikan respond yang sangat baik dalam menilai permasalahan ini. Selepas membaca beberapa perbincangan yang dibuat, terasa seperti dapat bernafas kembali kerana dalam keadaan tidak sedar masih ada golongan yang mempunyai pemikiran terbuka mengenai permasalahan ini dan tidak jumud dalam memberi komentar masing-masing. Bermakna dekat sini, kita masih mendapat sokongan bagi sesetengah pihak yang berfikiran terbuka berkenaan isu degree nurse dan diploma nurse ini.


Cuma untuk ruang kali ini aku sekadar hendak berkongsi pandangan mengenai isu disebalik ‘degree nurse dan diploma nurse’. Buat masa sekarang ini, masih ramai lagi orang yang keliru dengan kewujudan ijazah sarjana muda dalam jurusan kejururawatan. Ada yang merasa pelik dengan kewujudan kursus ini dan ada juga yang merasakan kewujudan kursus ini sebagai suatu yang tidak penting. Apa-apa pun pandangan orang tehadap isu ini, kebanyakan mereka yang menolak kewujudan ‘degree nurse’ ini mungkin atas dasar ketidak jelasan terhadap isu tersebut. Pada pandangan aku, kursus ini sememangnya perlu diwujudkan dan seharusnya benda ini telah berlaku lebih awal lagi. Cuma pemasalahan sekarang ini terdapat sesetengah pihak yang masih tidak mahukan perubahan mungkin atas dasar kepentingan peribadi masing-masing. Lebih menyedihkan lagi, penolakan orang terhadap khursus ini datangnya dari mereka yang berlatar belakangkan bidang kesihatan. Semua orang perlu sedar bahawa kewujudan kursus ijazah sarjana muda dalam jurusan kejurawatan ini sebenarnya sebagai suatu proses perbaikan bidang kejururawatan dan bukan sebagai saingan kepada mereka yang berada dalam kursus diploma kejururawatan seperti kebanyakan pihak anggap.


Pengenalan kepada kursus ijazah sarjana muda dalam bidang kejururawatan ini merupakan langkah pertama dalam proses untuk menangkat profession kejururawatan ini ke suatu tahap yang lebih tinggi. Namun begitu hasrat ini mugkin tidak akan terlaksana apabila wujud fenomena yang seakan-akan menafikan degree nurse di hospital-hospital kerajaan hanya kerana perbezaan bayaran atau tangga gaji yang merupakan isu sampingan. Bagi pendapat aku, bayaran tangga gaji yang lebih kepada mereka yang mempunyai ijazah dalam bidang kejururawatan ini bukanlah satu bentuk ketidakadilan kepada diploma nurse kerana mereka yang mengikuti kursus ijazah ini sebenarnya menjalani proses pembelajaran yang lebih lama daripada mereka yang mengikuti kursus diploma. Justeru itu, cost pembelajaran mereka lebih tinggi dan bayaran yang mereka perolehi sebenarnya akan digunakan untuk membayar pinjaman pembelajaran mereka.


Cubalah kita bayangkan, jika kursus ijazah kejururawatan ini ditutup hanya kerana semata-mata terdapat pihak yang tidak bersetuju dengan bayaran yang mereka terima, apakah nasib profession kejururawatan ini di masa hadapan?? Bagaimana pula dengan nasib-nasib diploma nurse yang ada?? Adakah mereka hanya akan kekal ditahap diploma seumur hidup mereka dan tidak akan ada proses pembaikan dalam hidup mereka?? Jika ini yang akan berlaku, maka selama-lamanyalah diploma nurse ini akan menerima bayaran yang sama apabila tidak berlakunya ‘upgrading process’ dalam diri mereka. Bukankah itu akan memberi kerugian kepada profession kejururawatan itu sendiri?? Malah tidak salah kalau dikatakan bahawa perkara ini juga akan merugikan bidang kesihatan itu sendiri.


Mungkin semua akan tertanya-tanya bagaimana dengan penutupan atau ketidak iktirafan dari sesetengah pihak terhadap kursus ijazah kejururawatan ini akan merugikan?? Sebenarnya, kalau dilihat di negara-negara maju seperti US, UK, Hong Kong and Australia, kebanyakan kursus kejururawatan telah berada pada tahap yang lebih tinggi seperti degree, master atau PHD. Keadaan ini memberi kelebihan kepada jururawat di sana untuk sama-sama terlibat dalam membuat keputusan yang berkaitan rawatan dan penjagaan pesakit tanpa mengharapkan kepada arahan doctor semata-mata. Kerjasama di antara jururawat dan doktor akan menjadi lebih berkesan apabila jururawat mempunyai pengetahuan yang setaraf dengan doctor. Jadi, melalui kursus ijazah dalam kejururawatan ini juga barulah kita dapat kikis tanggapan bahawa jururawat hanya berkerja sebagai ”iron maid” doktor sahaja kerana apa sahaja keputusan doktor perlu diikut. Sebaliknya, apabila pengetahuan kejururawatan ini sudah hampir sama dengan doctor, meraka juga boleh membuat keputusan bila masa ketiadaan atau kekurangan doktor di wad hospital. Pendek kata, bebanan kerja doctor boleh dikurangkan. Cuma disini perlu dijelaskan juga bahawa bukanlah jawatan degree nurse ini boleh mengambil alih bidang tugasan doctor, tapi sekadar dapat mengurangkan bebanan kerja doktor apabila pengetahuan yang mereka miliki hampir lebih kurang sama. Juga perlu difahami bahawa bidang kuasa doktor dan jururawat adalah berbeza yang mana doktor lebih kepada ‘treatment and curing of diseases’ manakala jururawat lebih kepada ‘caring of patients’.


Kesimpulannya, kursus ijazah kejururawatan ini bagus, Cuma terdapat segelintir pihak yang berkepentingan sahaja yang merasakan benda ini merugikan. Cubalah kita bayangkan bila mane di Negara Malaysia ini kita dapat melahirkan degree nurse dan pada masa yang sama juga kita dapat mengupgrapekan taraf diploma nurse yang ada ke tahap degree?? Kita sebenarnya dapt menubuhkan suatu profession yang mana akan dapat member impak kepada sistem kesihatan bila mana suara kita akan didengari dan diterima pakai oleh masyarakat. Sebaliknya, jika kita masih hendak mengekalkan kedudukan jururawat ini pada kedudukan kumpulan sokongan sahaja sepertimana yang berlaku pada hari ini, maka tidak akan ada satu pihak pun yang akan menerima pandangan dan cadangan kita.


Cubalah kita renungkan kepada profession perguruan yang mana mereka telah berjaya menubuhkan suatu gagasan yang mewakili guru-guru di seluruh Malaysia (tanpa mengira mengira tangga gaji; diploma,degree atau master) dan mampu untuk mengeluarkan pendapat atau cadangan yang difikirkan sesuai dengan sistem pendidikan di Malaysia. Mereka juga dapat mempertahankan segala hak-hak yang berkaitan dengan kepentingan mereka bersama.
Betapa indahnya jika bidang kejururawatan juga mampu mengikuti jejak langkah ini. Sebenarnya, kita yang memegang profession kejurawatan ini juga boleh mencontohi profession perguruan jika kita tidak terlalu berfikiran sempit hanya kerana isu-isu yang remeh-temeh (doctor dan jururawat tidak boleh sama tahap, bayaran doctor dan jururawat tidak boleh sama, degree nurse buat kerja yang sama dengan diploma jadi buat apa nak bayar lebih) yang diketengahkan oleh sesetengah pihak yang tidak menyukai akan perkembangan dalam bidang kejururawatan ini. Akhir sekali, minta semua pihak terutamanya para jururawat yang ada agar dapat berfikir dengan jelas dan baik. Sama ada kita ini degree nurse atau diploma nurse, kita sebenarnya berkongsi tujuan dan matlamat yang sama.


Friday, October 30, 2009

TASMANIA

Tasmania

Monday, October 12, 2009

Ketumbuhan dalam Otak




Rojatimah Mohd. Sohor dan Abdul Aziz Ismail memangku Nurul Nadia yang kini lumpuh dan buta di Kampung Desa Baru Purun, Kerdau, Temerloh, Pahang, baru-baru ini.
TEMERLOH 12 Okt. – Impian seorang gadis untuk menjadi seorang jururawat berkecai apabila disahkan mengalami ketumbuhan dalam otak sehingga menjadi lumpuh dan cacat penglihatan.
Semuanya bermula selepas bekas penuntut Kolej Kejururawatan dan Sains Kesihatan (KKSM) Seri Manjung, Perak itu, Nurul Nadia Abdul Aziz, 21, pulang bercuti pada cuti semester Mei tahun lalu apabila mata sebelah kanannya tiba-tiba menjadi kabur.
Bapa gadis berkenaan, Abdul Aziz Ismail, 55, berkata, penyakit ketumbuhan otak itu mula dialami oleh Nurul Nadia semasa berada pada tahun dua di kolej berkenaan.
Berikutan itu, katanya, Nurul Nadia dengan ditemani ibunya, Rojatimah Mohd. Sohor, 48, mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), di sini tetapi doktor mendapati mata anaknya itu tidak mengalami sebarang penyakit.
Selepas dua minggu kembali semula ke kolej berkenaan, menurutnya, kedua-dua belah mata anaknya itu tidak dapat melihat sama sekali.
‘‘Dia (Nurul Nadia) terpaksa meminta pertolongan rakan-rakannya untuk memimpin berjalan, jika tidak, dia akan melanggar apa sahaja yang ada di hadapannya,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di rumahnya di Kampung Desa Baru Purun, Kerdau dekat sini di sini, baru-baru ini.
Memandangkan keadaan mata anaknya semakin serius, Abdul Aziz memberitahu, dia membawa Nurul Nadia ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan disahkan menghidap ketumbuhan dalam otak.
Nurul Nadia dulu.
Jelasnya, Nurul Nadia terpaksa menjalani pembedahan pada 4 Ogos lalu dan terlantar selama 50 hari di HKL bagi menjalani rawatan susulan.
Abdul Aziz juga tidak dapat menyembunyikan rasa terkilannya terhadap pengurusan KKSM Seri Manjung yang didakwanya tidak prihatin terhadap anaknya itu.
‘‘Saya dan isteri merasa cukup kecewa dengan pihak pengurusan kolej berkenaan langsung tidak prihatin terhadap nasib Nurul Nadia, bahkan menganggap anaknya itu mengada-ngada ketika memaklumkan masalah yang dihadapinya,” kata Abdul Aziz yang bekerja sebagai pemandu bas sekolah.
Dia mendakwa, penderitaan anaknya masih boleh dielakkan sekiranya pengurusan KKSM tidak mengambil sikap lepas tangan terhadap penyakit yang dialami oleh anaknya itu.
‘‘Lebih menyedihkan pengurusan kolej berkenaan langsung tidak datang menjenguk walaupun dimaklumkan Nurul Nadia menjalani pembedahan bagi memulihkan penyakitnya itu.
‘‘Nurul Nadia kini tidak lagi dapat melihat malah hilang ingatan. Dia kini hanya mendiamkan diri dan tidak berkata-kata walaupun sebelum ini dia seorang anak yang lincah dan sering membuat kami terhibur,” katanya.
Sementara itu, Rojatimah mendakwa, Nurul Nadia pernah memberitahu pensyarahnya mengenai masalah yang dihadapinya, namun pensyarah terbabit menganggap dia mengada-ngada dan terlalu manja.
‘‘Mendengar penjelasan Nurul Nadia, saya begitu kecewa kerana pensyarahnya bukan sahaja tidak simpati tetapi langsung tidak mahu menolong. Kami membawa balik Nurul Nadia selepas dimaklumkan oleh kawan-kawannya yang keadaannya makin teruk.
“Lebih menyedihkan lagi apabila melihat keadaan anak saya yang terlantar dan telah dua hari tidak makan kerana tidak mampu berjalan,” katanya sambil menitiskan air mata.

Tuesday, August 18, 2009

SELAMAT BERPUASA


Tarikh Mula Puasa Untuk Tahun 2009
Sun, 9/08/09 – 21:02 8 Comments
Bulan ramadhan menjelma lagi, hari kemerdekaan pun hampir tiba. Kalau belum ganti puasa untuk tahun-tahun sudah jangan lengah-lengah lagi.Tarikh Mula Puasa Untuk Tahun 2009, 22hb Ogos 2009 pada hari Sabtu.Semoga Allah panjangkan usia kita dan dapat …

Wednesday, July 1, 2009

SELAMAT DATANG PELATIH ambilan Julai 2009

Lama saya tidak melawat laman saya ni.....setelah agak lama menyepi....ari ini adalah ari pendaftaran pelatih baru Kump 2/09......pelatih yang dijangkakan hadir seramai 120 orang....sehingga petang tadi 95 orang telah melapor diri...Tahniah kepada yang berjaya ke Kolej Jururawat Masyarakat Segamat...sesi suai kenal berjalan dengan lancar......cuma satu perkara yang sering menjadi topik penting yang kadangkala menjadi masalah serius iaitu mengisi borang perjanjian yang agak kurang dititik beratkan.

Saturday, March 21, 2009

Kemaskini 2009.

Lama saya tidak menulis di blog ini disebabkan masa yang agak terhad dan agak sebuk dengan kerja serta tugas harian. Insya Allah saya akan berusaha dan membuat posting dan edit terkini jika ada masa yang terluang. Salam sayang dari saya untuk semua pengunjung blog ini dan saya memohon maaf kiranya blog ini agak lama tidak dikemaskinikan

Tuesday, October 28, 2008

Majlis pertunangan anak saudara



MAJLIS PERTUNANGAN YANG DILANGSUNGKAN SERDAHANA TAPI MERIAH 25/10/2008

Wednesday, October 15, 2008

MAJLIS HARI RAYA DI JEMENTAH


Untuk seketika ini penulisan di blog ini agak terbatas kerana dalam suasana bulan raya, saya pula menyambung pelajaran di Kuala Lumpur. Saya hanya sempat berhari raya bersama keluarga seminggu sebelum berangkat ke Kuala Lumpur. Saya juga sempat menyambut hari raya rumah terbuka yang dianjurkan Kerajaan BN di bahgian Segamat .Turut hadir di majlis tersebut wakil-wakil rakyat dari Bahagian Segamat ini iaitu Dato Dr, Subramaniam menteri sumber manusia, Dato Osman Jais DUN Timbalan Speaker DUN Johor dan Dun Jementah Dr Lee. Suasana kemeriahan hari raya bersama wakil rakyat dan penduduk setempat bagitu terasa kemeriahannya. Cenderahati juga diberikan kepada penduduk setempat yang bakal menunaikan Fardu Haji untuk tahun ini. Makanan dan juadah yang dihidangkan amat lazat dan rata-rata tetamu amat berpuas hati dengan sajian makanan yang disediakan. Cuma yang agak terasa janggal sedikit majlis yang dipenuhi dengan kedatangan bangsa Melayu dan Umat Islam sempena Aidilfitri itu alangkah moleknya dimulakan dengan bacaan Doa dan ditutup dengan Doa supaya kita mendapat hidayah dan keberkatan serta keredaan dari Allah. Bertambah berseri majlis disulamkan dengan kumpulan nasyid dan marhaban agar susana raya terasa makin menarik.

Wednesday, October 1, 2008

SELAMAT HARI RAYA.


Genap sebulan saya tidak menulis di blog ini sempena bulan puasa kerana saya sebuk dengan aktiviti ramadan. Hari ini saya akan menyambug untuk menulis apa-apa yang difikirkan perlu di blog ini secara santai. Di sini saya mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua dan maaf zahir dan batin .Moga-moga dihari syawal yang mulia ini dapat mengeratkan lagi tali persaudaraan di kalangan kita semua insya Allah..

Wednesday, September 3, 2008

PESURUHJAYA SUMPAH



PESURUHJAYA SUMPAH DI JEMENTAH SEGAMAT


Mulai 1hb. september 2008 bersamaan 1 ramadan, penduduk Jementah tidak perlu bersusah payah untuk ke Segamat atau ke Tangkak untuk membuat akuan atau dokumen sumpah. Ini kerana di Jementah kemudahan mengangkat sumpah untuk akuan atau sebarang dokumen telah disediakan seperti alamat yang dipaparkan di atas.

Sunday, August 31, 2008

SELAMAT BERPUASA


Ramadhan Al-Mubarak - ماه مبارک رمضان

SAYA MENGUCAPKAN SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA.
biarlah kita berpuasa dengan penuh ketakwaan.Moga-moga puasa kita diberkati dan dirahmati serta kita memperolehi keredaan darinya Insya Allah.

KEMERDEKAAN KE 51


SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 51.

Saya meraikan hari kemerdekaan ini di padang Bandar Segamat.Sejak awal pagi saya keluar rumah dan terus ke padang Segamat melihat pebarisan hari kemerdekaan peringkat daerah.Yang jelas tahun ini agak suram dan muram kelihatannya majlis ini, entah kenapa saya tak pasti. Dalam perjalanan balik kelihatannya agak kurang kereta atau kenderaan yang berada di atas jalan raya mengibarkan jalur Gemilang.Mungkin penghayatan erti kemerdekaan di jiwa masing-masing tidak setebal seperti tahun-tahun yang sudah.Saya tak pasti mengapa keadaan sedemikian boleh terjadi.. kenapa dan mengapa saya tidak dapat mencari jawapan yang sebenarnya..

Wednesday, August 13, 2008

UiTM membuka peluang belajar kepada kaum bukan Bumiputra


Rasa terpanggil menyentuh isu membenarkan pengambilan pelajar bukan bumiputra untuk menjadi pelajar UiTM.Jika isu ini diperbesarkan amatlah merbahaya kepada sebuah negara yang penduduknya dari pelbagai kaum seperti Malaysia ini.Isu begini harapan saya janganlah dipolitikkan.Sebarang perundingan, pandangan dan penyelesaian mengenai isu ini perlulah dibuat dengan cara yang berhemah, cermat dan teliti untuk memastikan keunggulan UiTM sebagai sebuah universiti yang unggul kecemerlangannya tidak dipandang sinis.

Memang ada baiknya UiTM dibuka kepada bukan bumiputra.Setidaknya pelajar dapat melahirkan perpaduan dan memupuk suasana muhibah diantara pelbagai kaum dengan demikian integrasi antara kaum akan terjalin.Persoalannya adakah tiada cara lain untuk memupuk perpaduan antara kaum diantara pelajar UiTM dan kaum-kaum lain di Malaysia ini.Hanya membuka kuota terbuka untuk kaum bukan bumiputra menjadi pelajar di UiTM sajakah baru hubungan anak-anak bumiputra di UiTM sana mengerti kita memerlukan muhibah dan perpaduan kaum. Rasanya ada banyak cara-cara lain dan aktiviti masyarakat yang dianjurkan oleh pelajar-pelajar UiTM dapat memupuk perasaan muhibah dan perpaduan kaum di Malaysia ini.

Pada peringkat awal mungkin kita berpendapat hanya 10 peratus sahaja dibuka untuk bukan bumiputra.Terlalu kecil peratus dan bilangannya.Tapi kalau esok atau lusa mereka yang bukan bumiputra mendesak dan membuat tuntutan penambahan kuota bagaimana?
Akhirnya suatu hari kelak mereka mendesak tuntutan sistem merit diguna pakai untuk membolehkan pelajar-pelajar memasuki UiTM sebagai pelajar.Akibatnya tentulah anak-anak Melayu tak mampu bersaing, dan berakhirlah keunggulan UiTM di mana asal penubuhannya untuk menjulang dan mengangkat serta memertabatkan bumiputra dalam pelajaran.

Kita boleh melihat di kolej-kolej matrikulasi di seluruh Malaysia akibat membuka kuota kepada kaum lain.Pelajar yang cemerlang adalah kaum lain dan kaum bumiputra akhirnya tercicir , mereka tidak mampu bersaing, berakhir dengan keputusan peperiksaan yang lulusnya agak minima dan peluang mereka untuk menempatkan diri di Universiti dalam jurusan yang memerlukan lulusan kecermelangan akedemik amat tipis.



Bagi kepimpinan dikalangan pelajar-pelajar UiTM janganlah mudah melatah bila di sogok dengan isu-isu yang sensitif ini. Tugas anda hanya seorang pelajar, anda ke sana dengan harapan ibu bapa atau keluarga untuk mendapatkan ilmu pelajaran sebaik mungkin yang boleh.Jika anda cemerlang dalam pelajaran anda menjadi kebanggaan semua.Peluang belajar di UiTM eloklah dimunafaatkan sebaik mungkin.Dalam hal ini saya bersependapat dengan su-kj tindak balas secara drastik dengan mengumpulkan kira-kira 5000 pelajar UiTM berarak membantah isu tersebut, boleh memberi kesan jangka panjang yang lebih buruk kepada graduan-graduan UiTM itu sendiri.Perarakan 5000 pelajar itu tidak perlu. Ia hanya sekadar boleh menambah perasaan benci dikalangan kaum-kaum bukan bumiputra kepada kaum bumiputra di negara ini.
Saya bersetuju dengan satu komen yang terdapat dalam satu blog lain, di mana pengirimnya menyatakan bagaimana kelak sekiranya graduan-graduan dari UiTM akan ditolak (reject) permohonan mereka untuk bekerja dengan syarikat-syarikat yang dikuasai oleh bukan bumiputra dimasa depan.
Berfikirlah dengan sematangnya sebelum bertindak untuk kebaikan semua, jangan bertindak secara emosi kerana akhirnya kita dan rakyat berbilang kaum yang akan rugi.

Monday, August 11, 2008

Keahlian UMNO


Dalam seminggu dua ini isu yang hebat dikalangan penduduk Malaysia majoritinya ialah mengenai mesyuarat dan undian serta pencalonan AJK cawangan dan ketua UMNO cawangan seterusnya melantik wakil dan mengundi wakil yang layak menerajui kepimpinan bahagian.Mesyuarat Agung cawangan akan berlangsung sehingga 24 Ogos, manakala peringkat bahagian bermula 9 Oktober hingga 9 November sebelum Perhimpunan Agung Umno diadakan pada 16 hingga 20 Disember ini.

Dalam kehangatan dan kerancakan mana-mana cawangan bermesyuarat, saya tidak terlibat langsung dalam suasana itu.Ini berlaku kerana nama saya tidak tersenarai walau sebagai ahli Umno biasa sekali pun.Seingat saya 3 tahun lalu saya telah berpindah dan menetap di daerah Segamat ini dan menduduki kawasan Jementah IV, di mana cawangan umno di sini adalah cawangan Jementah IV di bawah pimpinan seorang kenalan yang rapat dengan saya juga.Tiga tahun yang lalu ketika mula berpindah di sini saya telah memohon untuk menjadi ahli biasa di cawangan ini juga, tapi ditolak dengan alasan saya adalah ahli umno di cawangan Skudai JB. Tindakan saya seterusnya memohon kebenaran untuk menukar keahlian umno dari Skudai menjadi ahli Jementah IV. Permohonan telah saya salurkan melalui ketua pemuda cawangan tersebut untuk diserahkan kepada ketua cawangannya, selang lima atau enam bulan kemudian saya dimaklumkan bahawa borang permohonan tersebut telah hilang.Tindakan seterusnya saya mengisi borang pertukaran keahlian umno sekali lagi dan kali ini saya hantar permohonan tersebut melalui setiausaha cawangannya dengan disertakan fail supaya nampak jelas dan mudah dicari agar tidak hilang dan tercicir.Malangnya hingga hari ini permohonan saya tidak diproses langsung.Menurut sumber dari rakan-rakan yang boleh dipercayai, borang saya hanya terperap di rumah ketua cawangan sahaja tanpa apa-apa tindakan. Pernah juga kes ini saya suarakan melalui e-mail ke pejabat MB Johor melalui blog nya tapi email saya tidak berbalas.

Saya mohon menyertai UMNO di cawangan Jementah IV ini bukanlah bertujuan dengan penyertaan saya ini untuk berpolitik dan merebut apa-apa jawatan , tetapi untuk merapatkan diri dengan penduduk setempat disamping memupuk semangat permuafakatan diantara penduduk.Walaupun terdengar desas desus mengatakan tujuan saya menyertai ahli cawangan bagi membolehkan saya merebut jawatan ketua di cawangan tersebut tetapi semuanya itu adalah anggapan mereka sahaja, hakikatnya belum terlintas dihati saya pun untuk berbuat begitu. Harapan saya setelah tamat pemilihan AJK dan ketua cawangan musim ini, permohonan saya untuk menjadi ahli biasa dicawangan Jementah IV ini tidak akan ditolak lagi.

/ps: kenapa saya tidak semudah Ezam menjadi keahlian UMNO

Aktiviti Yang Sibuk.

Agak lama saya tak menjenguk laman blog saya ini. Untuk makluman semua seawal bulan ini perjalanan aktiviti saya amat sibuk sehingga tiada kesempatan untuk aktiviti perabadi. Saya ditugaskan ke beberapa tempat yang jauh dari pejabat saya di Segamat. Saya ke Johor Bahru dlm seminggu beberapa kali untuk menjalankan tugas, belum sempat sampai di Segamat saya di arahkan ke Kuala Lumpur pula.Di Kuala Lumpur saya diarahkan ke Johor Bahru pula begitulah sebaliknya.Hingga kenduri arwah keluarga sempena masuk ketibaan bulan Ramadhan yang dibuat oleh keluarga saya pun. saya tak sempat untuk bersama.Kedengaran juga suara-suara sumbang yang merungut tentang saya kerana terlalu mementingkan tugas, tapi hakikatnya tugas yang diarahkan pada saya memang telah menjadikan saya tiada pilihan bahawa saya dikehendaki hadir dalam majlis atau kerja yang dianjurkan olih jabatan. Harapan saya mereka akan memahami apa yang saya lakukan. InsyAllah bulan puasa nanti saya akan usahakan supaya saya tidak akan keluar ke mana-mana supaya saya dapat berpuasa dan sama-sama berterawih dengan keluarga saya di sini...insyAllah . Apa pun semuanya bergantung kepada keadaan, saya hanya mampu merancang.

Bila difikirkan aktiviti kerjaya begitu mencabar, tidak hairanlah jika family kurang berpuashati dengan presentasi saya dalam bergaul dengan masyarakat kerana pokok utamanya tuntutan kerjaya mengambil 2/3 dari hidup saya.Kadang-kadang terfikir juga untuk saya opsyen supaya boleh duduk di rumah dan berelaksasi seadanya. Tapi berapa lama....mesti ada kesan bosan..sebab dah biasa sibuk kan.....itulah kehidupan. Tidak mengenal erti kepuasan. Apa pun berlaku, manusia tetap dengan perangainya yang mudah beralah tapi bersemangat jika telah dikalahkan...!

Monday, July 28, 2008

Ikan Bakar Umbai Melaka.

Dari Segamat ke Umbai semata-mata ingin menikmati juadah ikan yang dikatakan amat popular di Umbai Melaka. Bertolak dari rumah dalam pukul 8.00 malam sepanjang perjalanan berhenti 3 kali tanya orang di mana letaknya kedai makan ikan bakar di Umbai itu. Kira-kira pukul 9.45 saya sampai di sana,agak jauh juga kira-kira 90km dari tempat tinggal saya.
Kedudukannya di pekan Umbai dan di tepian laut tapi telah diubah suai nampak agak moden yang saya sangkakan bercorak tradisi bentuk wajah kedai ikan bakar di sana.Saya membuat beberapa pesanan ikan siakap masak stim,sotong goreng,kerang rebus, lala masak cili padi goreng dan sayur kailan masak ikan masin.Minuman yang saya pesan air buah-buahan dan air panas.Sebelum menikmati makanan yang dipesan kami dihidangkan makanan ringan iaitu keropok cicah sambal kicap amat sedap menikmati makanan ringan itu.Sampai licinlah saya makan maklum saja jauh perjalanan ke Umbai ini. Kumpulan Saya ke Umbai 4 orang bersama mak, Mas, boss dan saya.Saya ke Umbai untuk menikmati makanan laut sempena ulang tahun kelahiran Mas dan saya doakan supaya Mas dimurahkan rezeki dan sentiasa dirahmati Allah dan panjang umur hendaknya.
Bila makanan yang dipesan tadi dihidangkan kelihatannya amat menyelerakan.Saya berempat menikmatilah makanan laut Umbai buat pertama kalinya yang dikatakan amat popular dalam daerah Melaka ini.
Mak dan boss mula merungut tentang masakan yang langsung tidak terasa cili dan sedikit pedas pun.Mungkin seleranya tak biasa dengan masakan orang Umbai bisik hati saya.Akhirnya saya buat pesanan satu mangkuk tomyam pedas bila saya menyedari semua makanan yang dihidangkan tidak terasa sedikit cili pun.Hingga saat habis kami semua menjamah makanan yang dihidangkan lala goreng cili padi yang saya pesan tidak sampai pun rasanya agak pelik sedangkan saya dah ambik lala tadi masukkan ke dalam bakul untuk digoreng.Memang saya tak ada rezeki untuk menjamah makanan lala goreng cili padi malam itu kerana pesanan yang kami buat tidak dimasak.
Apa yang peliknya air minuman teh O tidak diminum, rupa-rupanya air teh O tu tawar dan tidak dibubuh gula,saya tidak memaklumkan hal teh tak bergula itu pada pelayan kedai makan itu takut nanti dikatanya cerewet pula.

Selesai makan dan membuat pembayaran saya memaklumkan hal apa yang berlaku kepada pemilik kedai itu,nampaknya dia menerima apa yang saya perkatakan. Cuma saya rasa agak terkilan semangat dan mood saya terbantut apabila juadah yang bagitu enak dan popular serta diperkatakan ramai itu tidaklah sehebat yang saya sangkakan.pastinya di tempat-tempat lain, masakannya juga agak sedap dan hebat huhuhu..
Entahlah rasanya saya tidak akan ke Umbai lagi kalau sekadar untuk pergi makan masakan ikan bakar ...

Tuesday, July 22, 2008

Peluang Berniaga

  • Pinjam mudah RM50,000

  • KUALA LUMPUR: Kakitangan awam yang ingin menjalankan perniagaan kecil secara sambilan bagi menambah pendapatan kini boleh mendapatkan pinjaman mudah sehingga RM50,000 tanpa ... [+]

  • Kakitangan kearajaan dibenarkan melibatkan diri dalam bidang perniagaan. Dalam suasana ekonomi yang cukup-cukup makan hari ini penjawat awam bolehlah menjalankan perniagaan selepas waktu pejabat dengan syarat perniagaanya tidak menjejaskan mutu perkhidmatanya dalam kerajaan.Apa yang menarik sokongan untuk memulakan perniagaan kini dibantu oleh pihak kerajaan. Sokongan menyediakan perkhidmatan pendahuluan modal wang untuk memulakan perniagaan seperti mendapatkan pinjaman dari bank-bank dan agensi lain amatlah dihargai. Bertuah sekali nasib kakitangan kerajaan hari ini. Peluang yang disediakan ini diharap menjadi rebutan pejawat awam untuk meningkatkan lagi pendapatan kewangan mereka disamping melahirkan ramai golongan perniaga berjaya yang lahir dari kalangan penjawat awam .

    Lazimnya kakitangan kerajaan merupakan golongan yang hanya selesa dengan apa yang ada dan mereka berkira dan berjimat dengan apa yang ada sehingga datang gaji bulan yang berikutnya.Akibatnya mereka manjadi pasif dan tidak mencampuri hal-hal yang bolih mengakibatkan mengeluarkan duit dari poket atau saku mereka.

    Kini tepuk dada dan tanya selera..peluang menambahkan pendapatan terbuka luas didepan mata ,apa yang penting perlulah berusaha.Kerajaan telah menyediakan peluang, sokongan dan bantuan dan segalanya demi tidak mahu melihat kehidupan penjawat awam tidak terjamin yang pentingnya mereka semua perlu berusaha.

    Dalam keasyikan untuk berniaga penjawat awam juga perlulah sedar bahawa dunia perniagaan tidaklah sebegitu mudah untuk meraih keuntungan serta merta. Mereka juga perlulah berkira dengan bijak untuk menerokai sesuatu perniagaan itu. Kemahiran dan sasaran perniagaan kita perlu diuatamakan disamping mempunyi displin diri yang tinggi untuk menceburi dunia perniagaan.

    Saya doakan semua penjawat awam yang mula berminat untuk berniaga lakukan dengan sungguh-sungguh supaya perniagaan anda berjaya, disamping itu perlu diingatkan dalam masa yang sama anda adalah penjawat awam yang masih terikat dengan peraturan-peraturan Am kerajaan. Hebat dan berjaya sekali mana pun anda dalam perniagaan , mengutamakan pekerjaan hakiki anda sebagai kakitangan kerajaan adalah satu kemestian

Pemeriksaan Doktor

Tugasan harian dalam minggu ini di kolej dan sekitar hospital Segamat sahaja. Hari ini membantu Norliza atau Mas buat pemeriksaan doktor untuk lantikkan tetap sebagai pensyarah di kolej metrik Johor Tangkak. Alhamdulilah dalam 2 hari dapat disiapkan dengan bantuan rakan sekerja dan rakan yang bertugas di makmal hospital Segamat. Mastura merupakan lulusan sarjana matematik dari UTM yang sudah 10 bulan mengajar di metrik Tangkak ,minggu lepas beliau menerima surat perlantikkan tetap sebagai pensyarah . Tahniah kepada Mas semuga beliau berjaya dalam kerjayanya sebagai pendidik. Dalam tempuh yang terdekat mas sebenarnya akan menyambungkan pelajarannya di peringkat Phd insyAllah moga-mouga mas bergelar doktor flasafah dalam bidang ilmu matematik dimasa akan datang.

Thursday, July 17, 2008

Bertugas di Muar

Selama dua hari giliran saya bertugas di hospital daerah Muar. Saya bertolak dari Segamat awal pagi kira-kira pukul 6.00 am ke Muar. Jarak dari penginapan saya ke Muar lebih kurang 70km masa yang diperlukan untuk sampai ke sana ialah 1 jam lebih. Terasa agak jauh dan amat meletihkan dalam 2 hari ini.

Di Muar saya memantau pelatih-pelatih jururawat bertugas di bilik bersalin dan memberi tunjuk ajar bagaimana melatih pelajar dalam mengaplikasikan teori ke praktis yang lebih berkesan.mengenai menyambut ibu bersalin dan tindakan setelah ibu melahirkan bayi. Alhamdulilah pelajar-pelajar saya memahami apa yang saya ajar dan tunjukan kepada mereka. Di hospital Muar saya sempat bermesra dengan staf-staf di sana, nampaknya mereka semua agak mesra dan mempunyai semangat kerja berpasukan yang tinggi dalam tugas.

Di Muar saya bagitu teruja dengan cerita-cerita rakan mengenai kehebatan dan popularnya mee bandung Muar.Hari yang kedua bertugas , sebelum balik ke Segamat saya mengambil peluang untuk mencari dan membeli mee bandung Muar yang dikatakan hebat itu. Gerai yang di katakan popular dengan mee bandung itu terletak berhadapan dengan sekolah menengah sain Muar. Ingatkan nak makan di situ sahaja, tapi saya rasa agak segan almaklumlah saya bertugas di sana hanya bersendirian , jadi saya beli dan pesan untuk bungkus sahaja. Saya menikmati juadah mee bandung Muaryang dibeli tadi setiba di rumah. Saya akui memang sedap dan Lazat huhuu..

Hari ini saya akan bertugas di Segamat pula seperti biasa bertugas di pejabat Kolej Kejururawatan Segamat seperti biasa, walaupun penat saya tetap merasa seronok dalam menjalani kerja-kerja harian sebagai pengajar pelatih kejururawatan... saya akan terus berkhidmat selagi saya termampu insyAllah.