
Rasa terpanggil menyentuh isu membenarkan pengambilan pelajar bukan bumiputra untuk menjadi pelajar UiTM.Jika isu ini diperbesarkan amatlah merbahaya kepada sebuah negara yang penduduknya dari pelbagai kaum seperti Malaysia ini.Isu begini harapan saya janganlah dipolitikkan.Sebarang perundingan, pandangan dan penyelesaian mengenai isu ini perlulah dibuat dengan cara yang berhemah, cermat dan teliti untuk memastikan keunggulan UiTM sebagai sebuah universiti yang unggul kecemerlangannya tidak dipandang sinis.
Memang ada baiknya UiTM dibuka kepada bukan bumiputra.Setidaknya pelajar dapat melahirkan perpaduan dan memupuk suasana muhibah diantara pelbagai kaum dengan demikian integrasi antara kaum akan terjalin.Persoalannya adakah tiada cara lain untuk memupuk perpaduan antara kaum diantara pelajar UiTM dan kaum-kaum lain di Malaysia ini.Hanya membuka kuota terbuka untuk kaum bukan bumiputra menjadi pelajar di UiTM sajakah baru hubungan anak-anak bumiputra di UiTM sana mengerti kita memerlukan muhibah dan perpaduan kaum. Rasanya ada banyak cara-cara lain dan aktiviti masyarakat yang dianjurkan oleh pelajar-pelajar UiTM dapat memupuk perasaan muhibah dan perpaduan kaum di Malaysia ini.
Pada peringkat awal mungkin kita berpendapat hanya 10 peratus sahaja dibuka untuk bukan bumiputra.Terlalu kecil peratus dan bilangannya.Tapi kalau esok atau lusa mereka yang bukan bumiputra mendesak dan membuat tuntutan penambahan kuota bagaimana?
Akhirnya suatu hari kelak mereka mendesak tuntutan sistem merit diguna pakai untuk membolehkan pelajar-pelajar memasuki UiTM sebagai pelajar.Akibatnya tentulah anak-anak Melayu tak mampu bersaing, dan berakhirlah keunggulan UiTM di mana asal penubuhannya untuk menjulang dan mengangkat serta memertabatkan bumiputra dalam pelajaran.
Kita boleh melihat di kolej-kolej matrikulasi di seluruh Malaysia akibat membuka kuota kepada kaum lain.Pelajar yang cemerlang adalah kaum lain dan kaum bumiputra akhirnya tercicir , mereka tidak mampu bersaing, berakhir dengan keputusan peperiksaan yang lulusnya agak minima dan peluang mereka untuk menempatkan diri di Universiti dalam jurusan yang memerlukan lulusan kecermelangan akedemik amat tipis.

Bagi kepimpinan dikalangan pelajar-pelajar UiTM janganlah mudah melatah bila di sogok dengan isu-isu yang sensitif ini. Tugas anda hanya seorang pelajar, anda ke sana dengan harapan ibu bapa atau keluarga untuk mendapatkan ilmu pelajaran sebaik mungkin yang boleh.Jika anda cemerlang dalam pelajaran anda menjadi kebanggaan semua.Peluang belajar di UiTM eloklah dimunafaatkan sebaik mungkin.Dalam hal ini saya bersependapat dengan su-kj tindak balas secara drastik dengan mengumpulkan kira-kira 5000 pelajar UiTM berarak membantah isu tersebut, boleh memberi kesan jangka panjang yang lebih buruk kepada graduan-graduan UiTM itu sendiri.Perarakan 5000 pelajar itu tidak perlu. Ia hanya sekadar boleh menambah perasaan benci dikalangan kaum-kaum bukan bumiputra kepada kaum bumiputra di negara ini.
Saya bersetuju dengan satu komen yang terdapat dalam satu blog lain, di mana pengirimnya menyatakan bagaimana kelak sekiranya graduan-graduan dari UiTM akan ditolak (reject) permohonan mereka untuk bekerja dengan syarikat-syarikat yang dikuasai oleh bukan bumiputra dimasa depan.
Berfikirlah dengan sematangnya sebelum bertindak untuk kebaikan semua, jangan bertindak secara emosi kerana akhirnya kita dan rakyat berbilang kaum yang akan rugi.