Saturday, March 22, 2008

PENSYARAH KEJURURAWATAN.


Memulakan karier dibidang ini pada tahun 1982 sebagai seorang pelajar. Asalnya bukan bidang yang diminati lebih didorong oleh atuk yang mahukan salah seorang ahli keluarganya berada dilingkungan perubatan yang rata-ratanya tergolong dalam perguruan. Dilihat dari luar, seperti hanya akan bekerja sahaja tanpa memikirkan perlu mengikuti latihan yang intensif dari segi teori dan praktikal. Bila asas pembelajaran dah mula ‘terik’, rasa macam nak tarik diri. Tapi bila semua ‘blok’ tak pernah terkucil, sayang pulak nak lepaskan.

Penghujung 1985 kerja pertama di Dewan Bedah. Macam seronok pulak nak gie kerja! Tempat berkhidmat ‘fantastic’ gile! Al-maklum tempat belah membelah, mesti gempak. Tapi rupanya langit tak selalu cerah. Bukan senang nak senang gamaknya. Mesti belajar ‘instrument’, ‘lay out’, mengkaji sikap para ‘pembelah’. Mula-mula tu rasa nak nangis (dah nangis pun!) sebab tak tau, aiiiii…..budak baru belajar…lama-lama jatuh kasih lak ngan tempat kerja tu…lama gak kerje…12 tahun!
Pas tu…..three! He..he.. taklah…pas tu gie lak amik kebidanan. Rasa macam tak nak belajo lagi tapi orang lain gie…tak jadi nie…jadi join samalah…aaaaa…jadi cikgu gak….la!

Lama tak lamalah dari tu….jadi cikgu ni..dulu tak pandai cakap, sekarang dah macam bertih goreng. Bila selalu gie perjumpaan, mesyuarat sini sana, jumpa kawan lama, idea pun tambah gak…tu yang bole cakap tu…
……to be continued……..


Di ruang ini tak disambung, tapi cerita seterusnya klik http://kejururawatan.blogdrive.com/
apa pun saya akan terus menaipkan apa- apa yang berlaku pengalaman sepanjang saya bertugas bidang kejururawatan dari masa seorang jururawat pelatih hinggalah kejawatan yang saya sandang kini.Saya akan menaip di Blog ini secara Santai dan dalam keadaan Bertenang sebagai merihatkan minda saya sambil berkongsi pengalaman dengan sesiapa yang membaca blog ini. Sekiranya saya termampu saya cuba membantu , untuk berkongsi pengalaman bolihlah semua tetamu blog memberikan sebarang komen diruang yang ada atau boleh terus e-mail saya
mahani_molok@yahoo.com atau menggunakan e-mail aliyaness@yahoo.com . Untuk pelajar saya ,saya berpesan tumpu kan perhatian kepada pembelajaran anda dan sentiasa menjaga displin diri moga anda menjadi JURURAWAT CEMERLANG yang sentiasa bersedia untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada Ugama ,Bangsa dan Tanah Air InsyAllah.


▪ Visit To Next Page

No comments: