Friday, October 30, 2009

TASMANIA

Tasmania

Monday, October 12, 2009

Ketumbuhan dalam Otak




Rojatimah Mohd. Sohor dan Abdul Aziz Ismail memangku Nurul Nadia yang kini lumpuh dan buta di Kampung Desa Baru Purun, Kerdau, Temerloh, Pahang, baru-baru ini.
TEMERLOH 12 Okt. – Impian seorang gadis untuk menjadi seorang jururawat berkecai apabila disahkan mengalami ketumbuhan dalam otak sehingga menjadi lumpuh dan cacat penglihatan.
Semuanya bermula selepas bekas penuntut Kolej Kejururawatan dan Sains Kesihatan (KKSM) Seri Manjung, Perak itu, Nurul Nadia Abdul Aziz, 21, pulang bercuti pada cuti semester Mei tahun lalu apabila mata sebelah kanannya tiba-tiba menjadi kabur.
Bapa gadis berkenaan, Abdul Aziz Ismail, 55, berkata, penyakit ketumbuhan otak itu mula dialami oleh Nurul Nadia semasa berada pada tahun dua di kolej berkenaan.
Berikutan itu, katanya, Nurul Nadia dengan ditemani ibunya, Rojatimah Mohd. Sohor, 48, mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), di sini tetapi doktor mendapati mata anaknya itu tidak mengalami sebarang penyakit.
Selepas dua minggu kembali semula ke kolej berkenaan, menurutnya, kedua-dua belah mata anaknya itu tidak dapat melihat sama sekali.
‘‘Dia (Nurul Nadia) terpaksa meminta pertolongan rakan-rakannya untuk memimpin berjalan, jika tidak, dia akan melanggar apa sahaja yang ada di hadapannya,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di rumahnya di Kampung Desa Baru Purun, Kerdau dekat sini di sini, baru-baru ini.
Memandangkan keadaan mata anaknya semakin serius, Abdul Aziz memberitahu, dia membawa Nurul Nadia ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan disahkan menghidap ketumbuhan dalam otak.
Nurul Nadia dulu.
Jelasnya, Nurul Nadia terpaksa menjalani pembedahan pada 4 Ogos lalu dan terlantar selama 50 hari di HKL bagi menjalani rawatan susulan.
Abdul Aziz juga tidak dapat menyembunyikan rasa terkilannya terhadap pengurusan KKSM Seri Manjung yang didakwanya tidak prihatin terhadap anaknya itu.
‘‘Saya dan isteri merasa cukup kecewa dengan pihak pengurusan kolej berkenaan langsung tidak prihatin terhadap nasib Nurul Nadia, bahkan menganggap anaknya itu mengada-ngada ketika memaklumkan masalah yang dihadapinya,” kata Abdul Aziz yang bekerja sebagai pemandu bas sekolah.
Dia mendakwa, penderitaan anaknya masih boleh dielakkan sekiranya pengurusan KKSM tidak mengambil sikap lepas tangan terhadap penyakit yang dialami oleh anaknya itu.
‘‘Lebih menyedihkan pengurusan kolej berkenaan langsung tidak datang menjenguk walaupun dimaklumkan Nurul Nadia menjalani pembedahan bagi memulihkan penyakitnya itu.
‘‘Nurul Nadia kini tidak lagi dapat melihat malah hilang ingatan. Dia kini hanya mendiamkan diri dan tidak berkata-kata walaupun sebelum ini dia seorang anak yang lincah dan sering membuat kami terhibur,” katanya.
Sementara itu, Rojatimah mendakwa, Nurul Nadia pernah memberitahu pensyarahnya mengenai masalah yang dihadapinya, namun pensyarah terbabit menganggap dia mengada-ngada dan terlalu manja.
‘‘Mendengar penjelasan Nurul Nadia, saya begitu kecewa kerana pensyarahnya bukan sahaja tidak simpati tetapi langsung tidak mahu menolong. Kami membawa balik Nurul Nadia selepas dimaklumkan oleh kawan-kawannya yang keadaannya makin teruk.
“Lebih menyedihkan lagi apabila melihat keadaan anak saya yang terlantar dan telah dua hari tidak makan kerana tidak mampu berjalan,” katanya sambil menitiskan air mata.

Tuesday, August 18, 2009

SELAMAT BERPUASA


Tarikh Mula Puasa Untuk Tahun 2009
Sun, 9/08/09 – 21:02 8 Comments
Bulan ramadhan menjelma lagi, hari kemerdekaan pun hampir tiba. Kalau belum ganti puasa untuk tahun-tahun sudah jangan lengah-lengah lagi.Tarikh Mula Puasa Untuk Tahun 2009, 22hb Ogos 2009 pada hari Sabtu.Semoga Allah panjangkan usia kita dan dapat …

Wednesday, July 1, 2009

SELAMAT DATANG PELATIH ambilan Julai 2009

Lama saya tidak melawat laman saya ni.....setelah agak lama menyepi....ari ini adalah ari pendaftaran pelatih baru Kump 2/09......pelatih yang dijangkakan hadir seramai 120 orang....sehingga petang tadi 95 orang telah melapor diri...Tahniah kepada yang berjaya ke Kolej Jururawat Masyarakat Segamat...sesi suai kenal berjalan dengan lancar......cuma satu perkara yang sering menjadi topik penting yang kadangkala menjadi masalah serius iaitu mengisi borang perjanjian yang agak kurang dititik beratkan.

Saturday, March 21, 2009

Kemaskini 2009.

Lama saya tidak menulis di blog ini disebabkan masa yang agak terhad dan agak sebuk dengan kerja serta tugas harian. Insya Allah saya akan berusaha dan membuat posting dan edit terkini jika ada masa yang terluang. Salam sayang dari saya untuk semua pengunjung blog ini dan saya memohon maaf kiranya blog ini agak lama tidak dikemaskinikan