Sunday, June 29, 2008

Terpedaya SMS..

Dalam perjalanan balik ke Segamat dari KL , menaiki bas cepat express saya menerima pesanan ringkas sms kononnya dari company produk minuman power root memaklumkan saya memenangi wang tunai ribuan ringgit, ketika itu saya berkeadaan separa sedar sebab tidur di dalam bas. Syarikat itu terus menghubungi saya beberapa kali menyatakan saya benar-benar bertuah kerana menang dan minta saya menghubunginya.Saya rasa pelik dan hairan sedangkan saya tak pernah pun menyertai segala peraduan dan pertandingan yang dianjurkan oleh apa-apa syarikat pun setakat ini. Akhirnya saya mengambil keputusan untuk mengetahui akan hal yang sebenar , dan saya pun menghubungi no tel. yang diberi iaitu 012-8167179. Beberapa kali saya menghubungi no telefon ini tetapi tiada diangkat dan tiada sebarang jawapan. Saya terus menghubungi no ini akhirnya dijawab dengan lemah mesra dan bahasa yang digunakan amat lembut serta manis.Orang yang menjawab panggilan saya itu menerangkanlah kepada saya bahawa saya bertuah dan menerima wang tunai dari syarikatnya dan meyakinkan saya berita yang saya terima sebagai pemenag adalah benar.Akhir nya saya terpengaruh dengan apa yang dijelaskan dan saya diminta untuk memberi no acc bank yang saya ada bagi urusan memasukkan wang tunai ke dalam acc bank saya. Akhirnya tanpa memikirkan apa-apa kemungkinan saya pun menyerahkan no. acc bank saya kepadanya. Bila tiba di rumah saya memaklumkan hal itu kepada keluarga saya dan mereka terkejut bahawa apa yang saya lakukan tadi merupakan perangkap syarikat tersebut untuk menipu saya. aduhhh.. saya tertipu..

Akhirnya saya bergegas pergi ke bank memaklumkan hal tersebut kepada bank. Di situ bank menjelaskan kepada saya supaya jangan terpengaruh dengan sms atau panggilan untuk tawaran hadiah yang lumayan.Bank juga memaklumkan saya jangan layan sebarang panggilan dari company tersebut dan akhirnya saya mengambil keputusan 'block acc bank' saya itu.

Ingatkan dah habis cerita itu rupa-rupanya company itu terus menghubungi saya dengan kata-kata yang amat manis untuk pergi ke mesin atm dan buat seperti apa yang pihaknya arahkan bagi memastikan supaya duit dapat dipindahkan ke acc bank saya. Itu hanya helah untuk mendapatkan no atm saya atau tekniknya yang mengelirukan bagi membolehkan pihaknya menyapu bersih duit yang ada dalam acc bank saya itu.Pandainya mereka ini menipu.. nyaris-nyaris saya terpedaya dengan kata-kata manis dan helah mereka..

Zaman sekarang ini bahasa yang manis dan wajah yang eluk digunakan sebagai senjata untuk menipu tanpa memikirkan haram atau halal serta letihnya orang lain mengumpul harta, tapi ada pehak yang mengambil mudah hidup hanya dengan menipu untuk kaya secara senang dan mudah tanpa usaha sendiri.

Tuesday, June 24, 2008

Harga Beras terus meningkat

Entahlah harga barang terus melambung di pasaran paling menyedihkan harga barang-barang utama yang digunakan untuk kemestian harian rakyat Malaysia iaitu beras. Hari ini kerajaan bersetuju dengan kenaikan harga makanan terutamanya beras dan alasan-alasan yang serupa akan terus dikeluarkan untuk mempertahankan kementerian kenapa kenaikkan harga harus berlaku.

KUALA LUMPUR 24 Jun - Kerajaan tidak menolak kemungkinan terpaksa membenarkan kenaikan harga beras Super Tempatan 15 peratus hancur (ST15) sebagaimana diminta pemborong dalam masa terdekat.

Sunday, June 22, 2008

Datuk Dr. S. Subramaniam

Hari ini ahad saya singgah di balai raya Jementah IV ingatkan ada majlis kenduri , rupanya majlis ramah mesra bersama dua orang wakil rakyat DUN dan Parlimen. Ceramah penerangan dari DUN Segamat merengkap ketua bahagian iaitu Dato' Osman Jais tertumpu kepada penekanan peruntukkan yang telah disalurkan untuk jalan-jalan serta pemaritan di kawasan Jementah.YB Dato Osman meminta rakyat mengimbas kisah silam perjuangan UMNO ketika menuntut kemerdekaan jangan jadi rakyat yang buta sejarah.Beliau juga menyetuh isu wakli dari DAP yang bongkak tidak mengikut kod etika dengan tidak memakai songkok ketika menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri di Johor hingga menimbulkan kemurkaan DYMM Sulan Johor.

Seterusnya Ucapan dari YB Parlimen Segamat iaitu Datuk Dr. Subramaniam yang juga menteri sumber manusia. Ucapan beliau lebih kepada menjurus soal peningkatan kos keperluan harian dan harga minyak.Beliau juga memperuntukkan beberapa peruntukan untuk disalurkan kepada tabung di Jementah untuk kos perkuburan Islam dan juga puluhan ribu untuk kemudahan masjid. Apa yang menarik tentang beliau seorang yang cepat mesra dan sentiasa tersenyum. Saya mengambil kesempatan berbual beberapa topik dengan beliau antaranya mengenai dunia perniagaan dan peluang perniagaan, mengenai kolej kejururawatan dan lain-lain perkara. Saya sempat bertanya beliau tentang tugasan beliau seorang menteri disamping tugas sebagai pakar sakit kulit di hospital Segamat. Jawapan beliau walaupun agak sebuk sebagai menteri beliau akan cuba berkhidmat di hospital Segamat sebagai doktor pakar sakit kulit. Kagum juga saya dengan beliau , walaupun kini menjawat jawatan sebagai menteri namun beliau tetap turun padang dan malayan kerenah penduduk setempat dengan senyuman dan mesra. Saya sempat merakamkan gambar dengan YB Datuk S Subramaniam sebagai kenangan bersama menteri dimajlis mesra bersama rakyat.

Agama dan Politik


Nik Aziz saran Mufti Perlis sertai Politik



Mufti politik....atau Mufti agama?

Mufti Perlis: 'Saya tak ingin sertai PKR'



menyentuh bab Agama, sejak akhir-akhir ini makin ramai penjawat awam dari kalangan ulama-ulama dan ustaz-ustaz melibatkan diri dalam bidang politik. Mereka ini menjawat jawatan seperti Imam Besar masjid Negara, pensyarah universiti, guru-guru sekolah dan penjawat awam dari golongan yang lain yang mempunyai latarbelakang pendidikan agama. Satu senario yang menarik golongan ini memasuki dunia politik bagi merancakkan lagi syiar Islam dalam politik di Malaysia. Saya Tunggu SUKJ join politik huhuhu..

Thursday, June 19, 2008

Operasi Lebih Masa atau Bekerja Lebih

Kakitangan kesihatan dan hospital diarahkan melanjutkan operasi dan perkhidmatan melepasi waktu pejabat. Bagi saya memang sejak saya mula berkhidmat pun kakitangan hospital memang sentiasa melakukan tugasan melangkau waktu pejabat.Tugasan dan perkhidmatan 24 jam memang telah sedia ada di mana-mana hospital kerajaan baik di wad atau di bahagian pendaftaran menerima pesakit masuk.Tugasan syif memang sejak zaman berzaman telah ada.Cuma mungkin di pusat-pusat kesihatan , di klinik-klinik dan poliklinik khususnya di luar bandar kakitangan bekerja mengikut waktu pejabat. Permasalahannya adakah kita cukup atau memiliki kakitangan yang sanggup bersedia untuk berkerja lebih masa. Sedangkan bekerja diwaktu pejabat pun kakitangan hospital terdiri dari jururawat dan doktor serta kakitangan hospital yang lain tidak dapat menampung jumlah kakitangan yang diperlukan.Setengah tempat doktor bertugas melakukan tugasan menjaga klinik 4 buah klinik dalam masa yang sama.Bagitu jugak nurse atau pembantu perubatan hinggakan masa rehat waktu makan pun mereka terpaksa berkerja. Ditakdirkan mereka cuti kekadang klinik tak ada pengganti..klinik buka tapi kakitangannya tak ada. fikir-fikirkan lah..

Pegawai perubatan atau nurse dari swasta atau persendirian kita nak guna tenaga mereka.. tempat mereka pun rasanya tak cukup staff untuk menjalankan tugasan harian di klinik mereka. Kerajaan pula bercadang memberi upah satu jam RM80.00? saya pasti mereka tak akan melayan bayaran sebanyak itu kerana kalau mereka diklinik swasta atau kerja mejaga klinik mereka sendiri pastinya mendapat keuntungan yang lebih dari kementerian tawarkan..

Seharusnya kerajaan atau kementerian kesihatan berbincang dengan persatuan kejururawatan dan persatuan pegawai perubatan serta kakitangan yang lain untuk mencari jalan supaya dapat menarik mereka yang terdiri dari perkhidmatan kesihatan dan perubatan bersemangat untuk berkeja lebih masa tanpa mengira masa dan waktu.

Klinik, hospital kerajaan lanjut waktu operasi
KUALA LUMPUR 19 Jun – Kementerian Kesihatan kini bersedia menampung pertambahan bilangan pesakit dengan melanjutkan waktu operasi serta perkhidmatan di semua hospital dan klinik kerajaan termasuk di luar bandar.

Wednesday, June 18, 2008

Dr Mahathir Mohamad: Samy's Folly

Tuding sana , tuding sini alahaii yang pastinya makin hancur. kenapa tak dicari jalan ke arah mufakatan dan kedamaian untuk kita kembali harmoni supaya kita rakyat Malaysia terus melonjak maju dan menjadi serumpun banggsa yang tertinggi martabat dan ke daulatannya di mata dunia.


Dr Mahathir Mohamad: Samy's Folly

Terasa Nak Pecah Dada Dan Sesak Nafas .

Saya bukanlah cerdik dalam bidang politik cuma akhir-akhir ini sesak nafas saya bila menerima berita kejutan permasalahan kenaikkan harga minyak, melambungnya harga barag makanan dan keperluan harian dan terkini pergolakkan politik tanah air yang saya cintai pula.

Bila Hakim membuat keputusan "TERKINI: Pilihanraya semula akan diadakan di DUN Sanglang, Perlis

MAHKAMAH di Kangar pagi Rabu putuskan tiada calon yang menang dalam di kawasan itu masa pilihanraya umum 8 Mac. Ini berikutan petisyen calon PAS Hashim Jasin.

Calon BN ialah Abdullah Hassan.Beliau menewaskan Hashim dengan majoriti 149 undi.hashim dapat 3,235 undi manakala Abdullah 3,384. .Dalam tempuh terdekat ini bererti piliharayauntuk DUN diadakan. Parti yang cerdik dan pandai menggunakan tiap saluran dan kemudahan yang ada saya pasti akan menang. Kalau setakat kempen berceramah jer alamatlah akan bungkus .Ingat sekarang dunia seber dan multimedia pranan telepon bembit lagi nakal.. apa lagi cari pengaruh melalui SMS..

Kita juga dikejutkan dengan berita yang lagi panas " SAPP hilang kepercayaan terhadap Abdullah, dakwa BN lewat urus isu Sabah

Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee hari Rabu mengisytiharkan bahawa partinya telah hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau mendakwa dua anggota Parlimen parti itu (Sepanggar dan Tawau) akan menyokong usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri pada sidang Dewan Rakyat Isnin ini.

Apa dah jadi dengan Sabah ini di saat-saat kerajaan memerlukan sokonga padu dari keangotaannya SAPP pula nak bawa usul tidak menyokong. Kalau pun belum dapat sebarang projek atau apa-apa kemudahan dari BN untuk parti itu SAPP kenalah sabar sebab pilihanraya baru kurang lebih 100 hari. Tindakkan SAPP amatlah merugikan.. rakyat Sabah.Seterusnya kita tunggu dan lihat Isnin ini

Undi tidak percaya terhadap PM di parlimen Isnin ini

Itulah namanya manusia diawalnya berjanji lain ketika mahu menjadi calun sanggup jatuh dan bangun bersama-sama BN, tetapi bila BN mula goyah mulalah mereka bertindak sokong membawah rebah. Apa pun semuanya adalah ketentuan dari Ilahi.. apa yang saya harapkan biarlah semuanya berakhir dengan kebaikkan.

Tuesday, June 17, 2008

Bukan Nak Susahkan Rakyat!!!

Tidak berniat susahkan rakyat - PM
17/06/2008 8:16pm

KOTA KINABALU 17 Jun - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, kerajaan tidak sesekali berniat untuk menyusahkan rakyat dengan menaikkan harga petrol dan diesel sehingga menyebabkan kehidupan mereka menjadi lebih sukar dan tertekan.
Perdana Menteri berkata, keputusan menaikkan harga bahan api itu sebenarnya adalah satu tindakan paling sukar terpaksa dilakukan oleh kerajaan bagi memastikan projek-projek pembangunan rakyat dapat terus dilaksanakan. - Utusan.


Dah berkali-kali PM kata tujuan minyak naik harganya bukan bertujuan menyusahkan rakyat .Haraf semuanya faham. Minyak naik sebab nak dapatkan duit untuk perojek pembangunan rakyat juga, katanya seperti yang dipaparkan dalam Utusan Malaysia. Utusan Malaysia pulak dah kena boikot oleh PKR dengan arahan MB Perak laa tak sampailer berita tu kat perak..

Monday, June 16, 2008

Menari atau erobik

Masukkan video student nurse nie sesuka je sebab tak tahu dia orang ni menari atau buat senaman. Dah memalam pun nak menari agak tak penat ker?. Kalau suruh study bukan main cepat ngantoknya, tenguk je kalau dalam kelas saya baru ngajar 20 minit mula ada yang dah sangap. Tapi kalau bab menari atau berjoget sampat larut malam masuk pagi pun dia orang bersemangat. Dah perangai orang perempuan memang sejak azali agaknya suka tari menari ni kot. Tapi kalau suruh saya menari huhuhu, pitam semua yang tenguk wakakaka..

Joget amboi..amboi bukan main seronoknya..

Sunday, June 15, 2008

Naik keretapi

Ahad petangnya saya ke Kuala Lumpur kerana ada urusan peribadi. Saya ke Kuala Lumpur menaiki keretapi sahaja untuk jimat bajet. Kalau dulu saya ke Kuala Lumpur bawa kereta sendiri sahaja, tetapi kini keretapi menjadi pilihan saya sebab kalau menggunakan kereta kos petrolnya berlipat kali ganda dari sebelum kenaikkan harga petrol.Dahulu dari Segamat ke KL perjalanan pergi balik untuk petrol dalam RM 60.00 dan campur tol RM 20.00 bererti kosnya RM 80.00 , itu kesah harga dulu sebelum kenaikan harga minyak yang diumumkan oleh PM Pak Lah. Kalau sekarang pastinya lebih dari RM 100.00 dibelanjakan untuk sekali perjalanan pergi dan balik untuk ke KL. Akhirnya keputusan menaiki keretapi adalah bajet yg lebih murah menjadi pilihan saya. Di Kuala Lumpur nanti saya menumpang menginap di rumah anak saudara saya yang menetap dan bekerja di KL. Kelazimannya saya kalau ke KL menginap dihotel 3 bintang atau 5 bintang . tapi kali ini saya mengambil langkah berjimat dengan menumpang di rumah saudara jer. Saya membuat keputusan bagini sebagai persediaan langkah berjimat cermat memandangkan semuanya kos dan barangan serta keperluan perkhimatan semakin melambung naik. Persoalannya jika keadaan berterusan adakah gaji saya nanti dapat menampung perbelanjaan asas untuk kehidupan saya. Jika barang-barang dan keperluan harian terus meningkat harganya,walaupun saya berusaha berjimat dan mengubah cara hidup tapi gaji yang diterima paras tahap seperti yang ada, perlukan saya terus berkorban hingga terpaksa mengikat perut untuk berjimat atas dasar mengubah cara kehidupan seperti yang disarankan oleh kerajaan.

Berebut untuk mendapat rebet

APA dah jadi?
Keadaan berebut-rebut dan kesesakan seperti yang kita lihat dalam gambar diatas, biasanya ia hanya berlaku dinegara yang lebih mundur seperti di Indonesia, Filipina, Thailand, Myanmar, Bangladesh? Tetapi sekarang keadaan seperti itu telah berlaku di negara kita...Malaysia ?
Gambar ini saya ambil dari blog SUKJ dari tajuk yang macam marah jer berbunyi" Diperbodohkan untuk 'rebut rebet' "saya tak berani komen apa-apa cuma eluklah kita fikir-fikir dan renung-renungkan apa dah jadi dengan perangai kita rakyat Malaysia

Thursday, June 12, 2008

Latihan persembahan pelatih-pelatih



Malam tadi saya turun ke asrama pelatih ada sedikit hal, rupa-rupanya bebudak ni ke dewan mahkota berlatih menyanyi ,berkoir dan menari. Amboi.. amboi masing-masingnya berseronok bukan main lagi tanpa menyedari kehadiran saya. Mereka berlatih mengikut arahan ketua kumpulan masing-masing, itu yang kelihatannya menari lintang pukang hihihi bab nyanyi pulak ekekekek macam sumbang jer huhuhu. jangan marah..Tapi tabik juga lah sebab sampai lewat malam mereka menjalani latihan menari, berkoir dan menyanyi.Sayangnya pada hari persembahan saya tak dapat hadir kerana telah bercuti dan merancang untuk pergu ke rumah makcik saya kerana makcik saya baru balik dari Australia minggu lepas.Walaupun saya tidak hadir pada hari persembahan iaitu siangnya esuk ,yang menariknya saya dimaklumkan oleh kakitangan kolej saya berjaya mendapat hadiah dari majlis cabutan bertuah itu. Mungkin selepas dua minggu saya akan ambil hadiah tersebut kerana dua minggu ini saya tak masuk pejabat kerana ada urusan di Kuala Lumpur. Pesan saya jaga hadiah saya itu baik-baik yer.....hihihi

Saturday, June 7, 2008

Sekadar Pendapat..

Harga minyak naik lagi sebanyak 40%. Yang pastinya semua rakyat malaysia akan terasa kesan bebanan kenaikkan bahan api utama ini.


Asal bergerak, perlukan minyak... lori menghantar ayam, perlukan minyak, hantar beras, bawang, cili, semua tu perlukan minyak. Kenaikkan harga barang kini mula dirasai ini bererti kuasa membeli olih rakyat Malaysia mula berkurang. Paling terasa bagi mereka yang berkerja makan gaji dan berkerja kampung atau sendiri pastinya kehidupan mereka bertambah beban, yang mana mereka ini adalah kebanyakkanya Melayu dan Bumiputra. Golongan bukan Bumiputra lazimnya berniaga atau sektor peruncitan, mereka hanya memerlukan naikkan sahaja kos barangan jualan mereka kepada beberapa peratus yang sesuai untuk dijual. jadi golongan ini tidaklah terasa sangat beban dari kesan kenaikkan minyak walau sebanyak mana pun.kesimpulan yang parah Melayu juga..



Saya rasa ramai yang akan bersetuju sekiranya langkah berikut diambil untuk mengelakkan kenaikkan harga minyak:

1. Menaikkan cukai arak
2. Menaikkan cukai rokok
3. Menaikkan cukai kenderaan
4. Menaikkan cukai perjudian
5. Menaikkan cukai tempat hiburan
6. Pemotongan elaun MP dan YB
7. Mengenepikan (allocate) beberapa ribu tong minyak untuk kegunaan kita sendiri.
8. Menaikkan cukai kenderaan dan tambahan cukai untuk kenderaan asing.
9. Mengenakan tol atau cukai serta menaikkan kadar bayaran bagi kenderaan asing yang masuk di pintu sempadan Malaysia.

Jika difikirkan perlu kerajaan juga boleh bertindak mengenakan lesen pada basikal-basikal atas alasan terdapat banyak diatas jalanraya.Seterusnya menarik balik pemansuhan lesen-lesen TV dan radio, ini bererti setiap lesen diperlukan untuk memiliki sebuah tv atau radio.

Terfikir saya di negara yang lain misalnya, India kenaikkan harganya 10 sen , Arab Saudi kekal tidak terpengaruh dengan harga dan pasaran minyak di US. Brunai jugak demikian kekal diparas harga lama dan paling mengejutkan di Venezuela harga minyak se liter harganya hanya 16 sen saja. Di sini senarai lengkap harga minyak negara-negara pengeluar minyak Venezuela… 16 sen .Begitu juga dengan negara Iran yang menjual petrolnya sebanyak RM 0.29 sen seliter. Nigeria – RM 0.32 sen seliter. Arab Saudi RM 0.38 sen se liter. Kuwait RM 0.67 sense liter. UAE RM 1.19 sen seliter. Mesir RM 1.03 sen seliter. Brunei RM 2.03 sen seliter dan akhirnya Malaysia RM 2.70 sen seliter

Tertarik saya dengan rencana yang ditulis ini " Minda Pembaca: Kebijaksanaan kerajaan tangani ekonomi, harga minyak "

Wednesday, June 4, 2008

Naik semuanya naik tapi gaji !!!

Petrol dan diesel naik mulai tengah malam ini - PM

04/06/2008 8:43pm

Apalah nak jadi harga petrol naik lagi, yang pastinya harga barang-barang juga pastinya akan melambung lagi harganya. Kedai makanan dan mamak-mamak se Malaysia pastinya juga akan berebut-rebut menaikkan kadar harga makanan dengan alasan minyak harganya naik dan barangan mentah untuk membuat makanan juga naik. Upah pekerja tak pasti naik atau turun hihihi. Saya difahamkan semua kenderaan bas dan teksi jugak menuntut untuk kenaikkan harga 100% apa lah nak jadi?. Harapan saya kalau pergi kerja luar dapatlah kiranya menaiki kenderaan jabatan sahaja untuk menjimatkan kos . kalau tidak tak sebanding dengan modal minyak yang kita dahulukan. Nak membuat tuntutan nanti kena rijek walaupun tuntutan kita itu menasabah alasannya belum ada pekeliling.. fikir -fikirkan lah huhuhuhu..


PUTRAJAYA 4 Jun — Berkuatkuasa tengah malam ini harga petrol dan diesel masing-masing akan meningkat sebanyak 78 sen dan RM1 bagi setiap liter, umum Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.

Perdana Menteri berkata berikutan kenaikan itu harga baru petrol dipam adalah RM2.70 seliter manakala diesel RM2.58 seliter

Air panas

Nampak air di kolam ini tenang saja, tetapi suhunya di atas 45 darjah celsius puyo panas giler lah seyyyy.... kalau tak percaya pergi sendiri .Kolam ini terletak di kampung Pekan Air Panas di Labis. Difahamkan airnya sangat mujarab untuk mengubati penyakit kulit dan tulang.Malah ada yang berkampung di sini dengan tujuan perubatan secara tradisi untuk menyembuhkan sakit kulit dan lengguh sendi serta tulang. Saya selalu juga mandi disini sebagai menghilangkan keletihan dan memanaskan tubuh badan. Hasiatnya cuba lah datang dan mandi sendiri. jangan main terjun je di kolam ini hihi nanti mengelupur anda kepanasan.

Gajah

  • Di kiri gajah liar di kanan gajah jinak


Bergegas saya ke kampung Air Panas bila mendapat berita 2 ekor gajah liar dapat di tangkap di kampung tersebut. Saya bagitu teruja ingin melihat bagaimana keadaan gajah yang baru dapat ditangkap dari hutan. Selama ini saya hanya melihat gajah di zoo sahaja. Wow! rupanya saiz badan gajar liar ini badannya bagitu mantap dan amat garang.Puas hati saya dapat melihat saiz dan rupa gajah yang sebenar yang bari diperolihi dari hutan, saya difahamkan gajah tersebut akan dilepaskan kembali dihutan tempat asalnya iaitu di hutan simpan di Pahang

Tuesday, June 3, 2008

Tragedi motor terbakar.

Dalam perjalanan pulang di pagi ahad kira-kira pukul 10 pagi dari Kuala Lumpur ke Segamat saya bercadang untuk singgah ke "Jom Heboh" di stadium Bukit Jalil. Saya memang tak faham sangat cara untuk menuju ke destinasi Stadium, jadi saya hanya berpandukan arahan papan tanda di tepi jalan .Malangnya saya tak dapat memahami arahan yang dipaparkan di papan tanda malahan menjadi keliru .Mungkin papan tanda itu hanya untuk panduan penduduk sekitarnya saja, detik hati saya dan akhirnya saya tesesat lantas mengambil keputusan pulang saja ke Segamat.Di dalam perjalanan saya terserempak dengan kemalangan sebuah motor terbakar. Tapi tiada sebarang kecederaan atau kes meragut nyawa. Pelik detik hati saya, macam manalah sebuah motor baru bolih terbakar dengan bagitu mudah?

Api merebak pantas membakar motor

Malam minggu di Bukit Bintang KL

Petang sabtu kami mendapat pelepasan dari ketua penyelaras pemeriksaan untuk keluar kerana esoknya kami semua akan balik ke kolej-kolej masing. Seminggu kami bertugas dari pagi pukul 8.00 pagi hingga 11.00 malam terasa sengal dan letih dibahu serta tangan tapi tak apa, demi khidmat kepada negara yang tercinta.Awalnya saya bercadang untuk bersiar-siar di chow Kit sahaja memandangkan di situ kebanyakkannya menjual barang keperluan harian saya pun pergi ke kawasan Bukit Bintang. Terasa seperti berada di negeri Arab, kerana ramainya orang berbangsa Arab di kawasan itu. DiBB saya berpeluang urut bahu dan tangan dipusat urutan tradisional milik perempuan Melayu. Terasa lega sesudah diurut bayarannya pun berpatutan sekadar RM 40.00 sahaja.


Dengan menaiki monorail keBukit Bintang KL



kawasan Bukit Bintang